Rasanya macam terlambat nak upload cerita raya kita. Tapi kita mulakan dengan cerita, resipi raya dulu ye, Mesti ramai yang tercari-cari resipi nak buat rendang, katanya leceh sangat kan. Tapi sebenarnya mudah je. Kalau ikut cara aku semuanya campak-campak je. Tak perlu nak tunggu masuk itu ini. Cuma tunggu masak je.

Resipi Rendang Ayam Senang Dan Mudah 

  • 1 Ekor Ayam ( Potong 20 ) ** Kalau nak sedap, better goreng separuh masak sebab nanti tak mudah hancur **
  • 2 batang serai ( Diketuk )
  • Daun Limau
  • 1 1/2 santan kotak
  • Asam Gelugor
  • Kerisik
  • Garam
  • Gula Merah
  • Minyak
  • Air

Bahan Kisar 

  • 3 ulas Bawang Besar
  • 4 Ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 batang serai
  • 1 inci kunyit ( Aku guna kunyit serbuk je )
  • Cili Kering / Cili Padi Hijau ( Ikut Suka Korang ) **Tapi aku guna Cili Kering + Cili Api Warna Merah tu**

Cara Penyediaan

  • Satukan Kesemua Bahan termasuk bahan kisar kecuali kerisik. Masakkan atas api sehingga ayam betul-betul empuk, ( Tapi kalau nak elak ayam hancur, better goreng half cook dulu.
  • Rasa-rasa macam dah nampak hampir empuk, kalau korang nak masukkan kerisik pun boleh. Lepastu sentiasa kacau agar tak hangus, api tu kalau boleh slow cook je, biar kerisik tu sekata.
  • Bila dah rasa-rasa masak, kalau nak kering masak lama sikit, tapi aku suka berkuah, nampak dah cukup masak cantik, hidangkan dengan nasi impit.

Tips 

  • Ayam tu kalau boleh goreng separuh masak untuk elak masa masak nanti hancur.
  • Penggunaan gula melaka, adalah sebab nak bagi kuah tu nampak cantik dan berkilat warnanya.
  • Kalau nak dapatkan kuah kering, masak lama sikit.

3 thoughts on “Cara Masak Rendang Ayam Lebih Senang Dan Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *