TONTON DRAMA TENTANG HATI DIA EP -28 (AKHIR) TV3 | Baru beberapa episode layan drama ni pun agak menarik juga jalan ceritanya Drama Tentang Hati Dia, rupanya adaptasi novel karya Bunga Amani. Masa mula-mula layan tu, tak faham sangat jalan cerita kenapa ada budak kecil di panggil kakak pada maknya sendiri.

Bila recap semula, barulah faham, sekarang memang betul-betul terjebak dengan drama ni. Drama bersiri ‘Tentang Hati Dia’ hasil adaptasi dari novel ‘Kapcai Girl vs Encik Superbike’ karya Bunga Amani kini  menemui penonton menerusi slot Akasia TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi. Korang yang ada akaun iQiyi tu sila lah menonton terus, mana yang belom ada tu boleh langgan terus.

DRAMA TENTANG HATI DIA AKASIA TV3

  • Episod:28
  • Tarikh Tayangan: 3 Julai 2023
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
  • Penulis Skrip: Farhana Fauri
  • Pengarah: Amor Rizan
  • Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
  • Watak Pelakon 
    • Aliff Aziz sebagai Wafi
    • Trisha Ooi sebagai Tiara
    • Nafiz Muaz sebagai Khalid
    • Fazlina Ahmad Daud sebagai Fatimah
    • Aliah Lee sebagai Sharifah
    • Nurin Afiqah sebagai Darina
    • Dan ramai lagi

SINOPSIS DRAMA TENTANG HATI DIA AKASIA TV3

Tiara adalah seorang anak gadis berasal dari kampung yang sering diduga dengan pelbagai cabaran di usia muda. Ketika menunggu keputusan peperiksaan SPM, Tiara mendapati bahawa dia hamil hasil daripada pelakuan sumbangnya bersama Khalid. Hati ibu mana tidak kecewa bila mendapati, anak yang di kasihi telah buat onar dalam keluarga. Fatimah, ibu Tiara, sangat marah apabila mendapat tahu tentang berita kehamilan Tiara dan memaksanya menggugurkan kandungan tersebut.

Wafi yang juga merupakan kawan baik Khalid baru sahaja menghabiskan pengajian di luar negara dan pulang ke Malaysia dengan hasrat untuk mengahwini tunangnya, Darina. Namun, semangat berkobar-kobar Wafi setelah mengharungi cinta jarak jauh hancur apabila Darina menuntut agar pertunangan mereka diputuskan.

Konflik memuncak apabila Tiara yang buntu untuk membetulkan kesilapannya telah pergi ke ibu kota untuk mencari Khalid yang menghilangkan diri. Tiara cuba menjejaki Khalid dengan harapan Khalid dapat membantunya menyelesaikan masalah yang timbul itu. Dapatkah Tiara menjejaki Khalid dan melepaskan diri dari segala masalah yang menimpanya? Bagaimana kesudahan kisah Wafi pula, masihkah ada ruang untuk cinta berputik di hatinya setelah dikecewakan?

TONTON DRAMA TENTANG HATI DIA EP -28 (AKHIR) TV3

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | EPisod 24 | Episod 25 | EPisod 26 | Episod 27 | Episod 28 ( AKHIR)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge