TONTON DRAMA WANITA SYURGA FULL EP1-35 (AKHIR) TV3 | Lama kita tak update drama best kan. Sebenarnya Cikza baru tengok episode 4 drama ni, lepastu tiba-tiba buka dekat tiktok dah jadi thrending pula. Pada Cikza kalau ada pelakon Siti Khadijah ni, confirm meletop drama ni. Bukan apa drama beliau yang lepas pun dah jadi thrending dalam tiktok tau. Lagi satu di ani Nampak biasa tapi kelakar.
Kalau korang nak tahu, drama ni tengah berlangsung pun untuk slot Akasia TV3 pada 15 Mac 2024, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 6:58 petang tempohari. Mulanya taknak rasa terjebak selepas drama Cinta Bersemi Wadi Saffiyyah tu. Tapi dah terpaksa terjebak sebab ada pelakon yang menjadi kegemaran dan gandingan pun best dan tepat. Seperti Redza Rosli, Siti Khadijah Halim, Nazim Othman, Riena Diana dan ramai lagi.
Drama terbitan Zamriez Golden Pictures diarahkan oleh Riza Baharudin dan skrip oleh Sophilea. Wanita Syurga juga boleh strim di perkhidmatan penstriman iQIYI satu jam selepas siaran TV. Rugi kalau korang tak langgan iQIYI ni tau, sebenarnya banyak drama-drama terbaik dalam tu tau wajib korang tengok.
TONTON DRAMA WANITA SYURGA AKASIA TV3
- Episod: 35
- Tarikh Tayangan: 15 Mac 2024
- Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 6:58 petang
- Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
- Penulis Skrip: Sophilea & Shaza Talib
- Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
- Produksi: Zamriez Golden Pictures
- Lagu Tema: Masihkah Ada Rasa Itu? – Misha Omar
- Watak Pelakon
- Siti Khadijah Halim sebagai Ardini Zahira
- Redza Rosli sebagai Amar Ilhami
- Riena Diana sebagai Farah Ilyani Mokhtar
- Nazim Othman sebagai Luqman
- Marisa Yasmin sebagai Puan Faizah
- Dan ramai lagi.
SINOPSIS DRAMA WANITA SYURGA AKASIA TV3
Wanita Syurga enceritakan tentang kisah Ardini (Siti Khadijah Halim) yang ikhlas menjadi isteri kepada Amar (Redza Rosli), lelaki yang dicintainya namun ketika cintanya dikhianati dia juga harus bersedia kehilangan kedua-dua permata hatinya, Wana dan Warith. Kisah yang bermula apabila Ardini meninggalkan kerjayanya sebagai pereka dalaman semata-mata untuk memberi tumpuan kepada keluarganya. Namun ianya indah diawalnya dan berliku didepannya.
Kehidupan Ardini dan Amar bahagia di samping dua cahayamata mereka iaitu Wana dan Warith. Namun, langit tidak sentiasa cerah, sehingga kemunculan orang ketiga, Alin (Riena Diana). Amar dan Alin berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga. Sejak itu, kehidupan Ardini dan anak-anaknya terabai kerana Amar melebihkan Alin kerana dia seorang yang bekerjaya.
Ardini mendapat sokongan Puan Faizah, ibu mertuanya menjalani masalah rumah tangganya. Ardini bangkit semula untuk mempertahankan haknya sebagai seorang ibu. Kedatangan Luqman, peguam syarie yang juga kawan sekampung Ardini membuatkan Ardini kembali bernafas dan nekad untuk mendapatkan kembali haknya yang di rampas oleh Amar dan Farah. Mampukah Ardini mendapatkan semula haknya yang hilang? Sila tonton sampai habis episode tau, jangan skip.