RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI PALING SEDAP

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI PALING SEDAP | Kalau sebut, Asam Pedas dah tahu dalam pemikiran semua, pasti akan terbayang antara Muar dan Melaka. Kerana Asam Pedas Tenggiri ni lah suami kita semakin hari, semakin sayang. Kata orang, para isteri wajib ikan perut suami dengan masakan atau air tangan. Dalam famili kami, Asam Pedas adalah kegemaran utama arwah mama, kalau boleh setiap 2 hari sekali pasti akan ada Asam Pedas tak kira dari pelbagai jenis ikan, mahupun ayam atau daging.

Asam pedas ni, hanya 2 negeri yang di katakan padu dan sedap pilihan Cikza adalah Asam Pedas Melaka dan Asam Pedas sekitar Muar. Cuma suami lagi suka kalau asam pedas tu, isteri dia yang masak. Suami ni, kalau bab asam pedas dia cerewet dan memilih sikit. Lagi pekat kuahnya lagi sedap.

RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI

Bahan-Bahan Asas :

  • 1 Ekor Ikan Tenggiri potong beberapa bahagian
  • Daun Kesum ( 1 ikat kecil )
  • Air Perahan Asam Jawa ( Nak sedap guna yang dalam peket plastik, bebanding yang dalam bekas plastik )
  • 2 sk garam
  • 1 sk Maggi Cukup Rasa
  • 5 batang bendi / 1 batang terung di potong 2
  • Daun Kesum (Berlebih pun lagi bagus)
  • Minyak Masak

Bahan-Bahan Untuk Kisar :

  • 20 tangkai Cili Kering atau 4 senduk Cili Kisar
  • 2 ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inch halia
  • 1/2 inch kunyit hidup
Tips : Lagi banyak bahan kisar, lagi pekat kuah, lagi padu dan sedap. Asam Pedas berkuahkan cair rasa tak berapa umpph! 

Cara Penyediaan Asam Pedas Terpaling Mudah

  • Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik baunya tau. Bila dah garing masukkan daun kesum dan kacau sampai naik bau.
  • Masukkan air asam jawa, dan biarkan didih. Pemakaian air asam jawa adalah berulang untuk dapat hasil kuah yang terbaik.
  • Masukkan ikan tenggiri dan tunggu sehingga masak. Jangan lupa bagi perasa garam takut tawar jer nanti. Dan masukkan Maggi Cukup rasa
  • Bila dah didih, ikan pun dah masak boleh hidangkan terus bersama nasi panas berlawankan kicap manis memang padu.

Tips : Untuk penyediaan kuah, gunakan air asam jawa pekat pada taburan pertama, seterusnya perahan baki isi asam jawa jangan dibuang, diulang penggunaan untuk dapatkan hasil kuah yang terbaik.  

 

 

 

One thought on “RESEPI ASAM PEDAS IKAN TENGGIRI PALING SEDAP”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge