
Tik-tok Tik Tok! lagi 6 hari kalau dibilang guna jari tarikh siaran semakin menghampiri. Seperti yang dijanjikan Cikza nak berkongsi dengan korang pengalaman Cikza sebagai blogger jemputan, waktu tu pertama kali berhadapan dengan kamera, bagai nak gugur jantung tau. Berpanas, berpeluh, bersahaja kiranya macam-macam ber lah. Kali ini Cikza diberi peluang as sebagai jemputan blogger siaran khusus untuk wanita bertajuk Rancangan ‘Tumit Tinggi’.
Rancangan Tumit Tinggi
Kalau korang nak tahu, Tumit Tinggi ni adalah rancangan terbaru dari stesen RTM yang selalu disiarkan setiap hari Ahad jam 12.05 tghari. Terkejut di buatnya bila ada penggilan dari RTM untuk melamar sebagai Slot Blogger Jemputan di Rancangan Tumit Tinggi.
Waktu tu memang tak terkata. Kebetulan pulak waktu tu, Cikza dalam mood honeymoon lagi tau, inai masih merah kat tangan tu. Kata orang itulah rezeki pertama selepas kahwin. Mujur lah suami faham tugasan seorang isteri, dan setia menemani kita ni tau. Thank You Shubenn!! Pengambaran dilakukan di sekitar kawasan Mardi, yang terletak di Serdang Selangor. Seawal 9.30 pagi terpacak lah dalam kawasan ni. Tapi rupanya, teruja jugak tau sebabnya banyak tempat menarik yang ada disini.
Bercakap Ikut Suka Membuahkan Hasil

Scene Outdoor Yang Sangat Mencabar
Kru Produksi Yang Sangatlah Friendly
Memang gila-gila kru produksi ni tau, sekepala pulak tu. Mereka ni banyak jugak berkogsi pengalaman dan beri tunjuk ajar dalam menjayakan macam-macam scene yang ada. Dialog pulak memang bersahaja, katanya ” Kita Buat Dia” hahahah! itulah ayat yang terkeluar dari kak ida. yang bersahaja. Muka ketat nampak garang tapi korang nak tau die sangatlah friendly.
Nak tau apa lagi scene yang terlibat. Nantikan scene seterusnya dalam entry akan datang. Insha allah. Terima kasih kepada kawan-kawan yang banyak beri tunjuk ajar dan sokongan terutama dari kalangan keluarga dan suami termasuk kawan-kawan blogger yang lain. Jangan Lupa tau!!!
Save The Date! ( Wajib )
28 Mei 2017 ( Ahad )
12.05 Tengahari
Fuh rezeki lps kawen tu hehehehehe.. honeymoon masuk tv. Gitu..
YB Shehan recently posted…HADIAH HARI GURU 2017 DARIPADA HANNAH DAMIA
Aduhh tau xpe.. inai masih merahh lagi..
Xsabar nk tgk.cikza pula di tumit tinggi
Wowww! Terketar lutut kakak tauu..