ABOUT ME CIKZACOM
Assalammualaikum & Salam Sejahtera …..
Penulis Blog Cikza.Com
Siapa Cikza Mohmad @ Cikza.Com. Kata orang jangan tengok dari luaran tanpa kenal hati budi seseorang. Nak berkenalan dengan Cikza, stay baca sampai habis tau. Nama penuh yang mama dan abah berikan, Nurul Haniza Mohmad tetapi Cikza merupakan panggilan di kalangan rakan-rakan blogger, manakala di pejabat kawan-kawan suka panggil dengan nama BAMBAM. Tak kisah apa jua panggilan sekalipun janji ada nama.
Pejuang Lupus Erimatosus Athritis & Blogger Separuh Masa
Ramai yang tidak tahu, Cikza merupakan pesakit Autoimmune Sindrom Lupus Erimatosus Athritis. Diagnose sekitar tahun 2010 sehingga harini, masih bertahan sebagai Pejuang Lupus. Kata orang Lupus ni agak berbahaya, dan sebab itulah sedikit sebanyak Cikza akan berkongsi diari Lupus untuk knowledge anda semua. Cikza merupakan blogger separuh masa dan bertugas sebagai Pegawai Penyelaras Aduan di sektor kerajaan. Sebelum menjadi Penyelaras Aduan, Cikza merupakan Pegawai Khidmat Pelanggan di bawah agensi yang sama. Skop kerja Cikza banyak bertemu dengan orang ramai menerusi dalam talian ataupun berhadapan bertentang mata.
Cikza mula berblog pada tahun 2009, dan adik menjadi inspirasi Cikza pada awalan mula mencipta nama dan mencari branding yang sesuai, tapi waktu tu ibarat acuh tak acuh, lagi pula tiada arah dan orang yang memberi tunjuk ajar sepenuhnya Sehinggalah pada tahun 2016, selepas kali pertama coaching bersama Cikgu Hafiz Rahim dan Cikgu Sohoque, langkah pertama Cikza adalah mencari identiti diri dan branding diri sendiri.
Menulis Sambil Berkongsi Dalam Satu Cerita
Sebarang kolaborasi atau review, boleh terus hubungi : cikza.writer@gmail.com
Media Sosial Cikza Mohmad
Facebook Personal | Facebook Page | Instagram | Twitter | TikTok