Cucur Udang Gebu & Lembut! Ini Petua Dan Caranya | Ramai yang bertanya Cikza macamana nak bagi lagi, gebu selembut kapas Cucur Udang tu. Kisahnya baru ni lah. Masa Cikza admit, si adik teringin nak makan cucur udang air tangan mama. Tapi kalau boleh nak yang gebu katanya. Macam beli sekeping 80 sen dekat kedai tu.
Harini sebab niat nak berkongsi rezeki, dan juga Cikza halalkan buat mereka yang dalam kesusahan nak meniaga untuk cari sumber pendapatan tambahan. Mana ilmu kita ada ni, mak ajar suruh kongsi untuk beri manfaat kepada Orang lain. Tapi kalau dah lembut, gebu dan semua cukup syarat. Warga emas tiada gigi pun boleh leka makan.
CUCUR UDANG GEBU SEKEPING RM5.00
Kalau beli dekat kedai Saiz besar RM5.00 tapi meriahlah udang, Kalau buat sendiri boleh kongsi ramai-ramai dengan adik beradik, saudara mara sambil minum petang. Kekuatan Cucur Udang ni terletak pada Sos yang anda semua buat. Macam Cikza Kuah kacang lah selalu jadi pilihan, maklumlah lagi mengaum. Yang pasti hidang dengan kopi pekat 434 memang padu. —— > Resepi Spagheti Aglio Senang
Cucur Udang Gebu & Lembut! Ini Petua Dan Caranya Buat Ramai Mencari
Bahan A ( Penyediaan Tepung )
- 4 Cawan Tepung Gandum
- 1 sk Yis Mauripan
- 1/2 sk Serbuk Kunyit / Letak Pewarna Kuning Pun Boleh
- Garam & Gula (Ikut Suka)
- 1 Gelas Air Suam
- 1 Cawan Air Sejuk ( Ikut pada kepekatan / Likat Tepung Yang Anda Mahukan )
Bahan B ( Ramuan )
- 3 biji Bawang Besar ( Hiris Halus )
- 15 Ekor Udang Saiz Besar
- 1/2 cawan Udang Kertas ( Yang saiz kecil beli jer RM5.00 )
- Daun Kuchai
- Sayur Taugeh
Bahan C ( Sos Pencicah )
- 10 batang Cili Merah
- 5 Batang Cili Padi Merah
- 5 Ulas Bawang Putih
- Sos Cili
- Garam
- 1/2 potong Gula melaka (Boleh Gantikan Gula Pasir)
- Air suam
- Add On : Daun Ketumbar Hiris sikit sahaja. Bagi naik bau je!
Cara Penyediaan :
- Untuk bahan tepung, satukan semua sekali lepastu gaul bagi sekata. Yang penting yis tu sekata sama tau, karang tak menjadi, lagi gaul sekata lagi gebu jadinya, percayalah!
- Masukkan Bahan B untuk ramuan kecuali Udang 15 ekor untuk dijadikan hiasan tengah tu. Perasakan garam tapi nak kelainan Cikza letak Chili Flakes ( kita buat beliau )
- Yang ni Gaul ramuan, tu bagi likat tapi nampak separuh cair gitu. Pastikan semuanya gaul terus, sekata, tak tertinggal sisa tepung sekalipun.
- Peram selama 15-30 minit untuk bagi adunan tu naik sedikit.
Tips Goreng Cucur Udang :
- Rendamkan senduk berbentuk bulat, dalam minyak masak yang sedang panas,
- Masa nak masukkan senduk yang dah siap coq tu, perlahankan api, lepastu baru besarkan sedikit.
- Nak elak melekat, Masa goreng tu, pastikan senduk tu panas, lepastu terendam dalam minyakk sambil-sambil bagi sekatakan bahan dalam satu senduk tu. Pasang lagu goyang-goyang lah apa lagi.
- Ambil garfu tolak perlahan-lahan untuk coq keluar dari acuan
- Tak menggunakan serbuk penaik atau soda bikarbonate ya!
Cara Penyediaan Sos :
- Kisar Cili merah, Cili Padi Merah dan bawang putih bersama sedikit air suam
- Bahan kisar satukan dalam kuali, termasuk gula melaka, sos cili, kecuali daun ketumbar ( Guna setangkai je )
- Perasakan manis dan masin juga ya. Lepastu masak atas api perlahan sambil kacau, Kalau nak cair tambahkan air suam ikut kepekatan masing-masing.
Terima kasih selamat Mencuba !!