Tambah Pahala di Bulan Ramadan Melalui Aplikasi Sujood | Dengan Kemajuan teknologi telah memberi impak yang signifikan dalam pelbagai aspek kehidupan termasuk dalam urusan keagamaan. Namun tahukah anda, Semakin ramai orang kini mengalihkan aktiviti harian mereka ke platform digital, ini termasuklah aktiviti keagamaan seperti pembayaran zakat dan sumbangan kepada masjid.
Untuk pengetahuan anda semua, ada satu aplikasi yang kini dalam usaha untuk memperkenalkan dan meluaskan pengenalan dan penggunaan di semua masjid-masjid atau surau di seluruh Malaysia. Satu lagi inovasi yang menarik, yang diberi nama Sujood, ia merupakan satu aplikasi yang memudahkan orang ramai dalam urusan sumbangan kepada masjid melalui platform mudah alih, kerana semuanya di hujung jari.
PENGENALAN KEPADA SUJOOD YANG SANGAT MEMBANTU
Aplikasi Sujood merupakan satu platform mudah alih yang direka khas bagi membolehkan umat Islam menyumbang kepada masjid dan surau dengan cepat dan mudah. Tak perlu bersusah payah, cuma tekan dihujung jari, kerana semuanya dalam satu aplikasi. Dengan bantuan teknologi, ia membawa proses sumbangan kepada tahap yang lebih efisien dan berdaya maju seiring dengan arus kemodenan yang canggih sehingg harini.
Tahukah anda, Aplikasi Sujood menawarkan pelbagai ciri yang menjadikan proses ini lebih mudah dan memudahkan sedekah anda terutamanya kepada masjid? Sila baca sampai habis.
CIRI-CIRI UTAMA SUJOOD
Pengurusan Sumbangan Mudah
Betul, antara salah satu daripada ciri utama yang ditawarkan oleh Sujood adalah kemudahan dalam pengurusan sumbangan. Dengan hanya satu jari dan telefon pintar, Pengguna boleh menyumbang dengan hanya beberapa sentuhan pada skrin telefon pintar mereka. Aplikasi ini turut menyediakan beberapa pilihan dalam menyumbang bagi seluruh pengguna kad kredit,
Selain itu juga, aplikasi ini sangat mudah, ia membolehkan pengguna menyelaraskan sumbangan mereka dengan kemampuan kewangan mereka. Akan tetapi tidak semua masjid membolehkan fungsi penerimaan melalui kad kredit. Dengan itu, harapan kita lah dapat membantu dalam menyebarkan fungsi dan kebaikkan aplikasi Sujood ini kepada orang ramai.
Rekod Sumbangan Individu
Pengguna Sujood kini mempunyai akses untuk menyemak rekod sumbangan mereka sendiri, ianya membolehkan pengguna dapat melihat sejarah sumbangan mereka dengan mudah. Ini memberi pengguna tentang kefahaman yang lebih baik tentang sumbangan mereka dan selain dapat membantu mereka untuk merancang memberi sumbangan untuk masa depan mereka dengan lebih baik.
Bukan itu sahaja, disebabkan lagi beberpa hari kita bakal menyambut bulan Ramadan, aplikasi ini sangat berguna untuk kita memperbanyakkan amalan sedekah setiap hari sepanjang ramadan. termasuklah hari paling penting, pada 10 malam terakhir Ramadan yang disyariatkan untuk umat islam memperbanyakkan amalan bersedekah selain membuat kebaikan.
Menyediakan Pilihan Beberapa Masjid Dan Surau Dari Serata Negeri
Sujood juga turut menyediakan pelbagai pilihan masjid dan surau daripada pelbagai negeri seperti Perlis, Sabah, Terengganu, Putrajaya dan banyak lagi. Jadi kita hanya tinggal pilih dan sedekah sahaja. Mudahnya aplikasi Sujood ni tau, ianya tidak menyusahkan,
Jika surau atau masjid yang berhampiran belum menggunakan aplikasi Sujood ni, apa kata kita berkongsi dalam kita mendapat pahala, sambil berkongsi pengalaman sebagai pengguna Sujood ni. Jadi tak salah kita memudahkan orang lain.
PENGALAMAN BEBERAPA MASJID DENGAN APLIKASI SUJOOD
Kini, mari kita dengar beberapa testimoni daripada Masjid itu sendiri, bukan apa rata-rata memberikan komen positid dan bukan hanya seorang yang memberi reaksi, tapi ramai cuma yang dipaparkan adalah testimoni terbaik selepas mereka sendiri menggunakan aplikasi Sujood ini.
Testimoni Pertama
“Alhamdulillah, saya bersyukur diperkenalkan aplikasi Sujood ini untuk surau saya. Dengan adanya sumbangan daripada orang awam melalui aplikasi ini, pihak kami dapat menjalankan aktiviti pengimarahan surau seperti Sambutan Maulidur Rasul, Program Bacaan Yaasin setiap malam Jumaat dan sebagainya.
Selain itu, hasil sumbangan mereka ini juga kami dapat menambahbaik & membaiki infrastruktur surau kami yang sudah berusia hampir 22 Tahun ini bagi kemudahan kariah surau kami ini. Semoga Allah membalas kebaikan kepada para penyumbang berlipat kali ganda..” – Abdul Manaf Bin Bachok
Bendahari Dari Surau Al-Muttaqin, Kg. Bugis Batu 6 Pontian Johor
Testimoni Kedua
“Alhamdulillah. Terima kasih kepada pihak Sujood atas usaha murni tanpa apa-apa bayaran, yang mana telah memudahkan pihak Madrasah mendapat sumbangan daripada penderma-penderma yang ikhlas, sama ada mereka yang jauh ataupun dekat. Urusan menderma menjadi lebih mudah dan effisien dengan menggunakan applikasi Sujood.”- Mohd Safwan Wan Salleh Setiausaha Madsarah Al-Sa’adah Pasir Pukan, Kelantan
APLIKASI SUJOOD BUKAN MERUGIKAN TAPI MEMBANTU
Dah nampak kebaikkan aplikasi Sujood ? Terkejut dan tak sangka bukan? Rancanglah kewangan dengan Sujood yang kini diperkenalkan sebagai satu inovasi mempunyai potensi besar dalam membantu semua masjid bagi meningkatkan kewangan mereka. Dengan hanya ciri-ciri yang sangat moden, semua proses sumbangan akan menjadi lebih mudah dan berkesan, Selain membolehkan umat Islam menyumbang dengan lebih konsisten dan berkesan.
Dengan ini, Sujood tidak hanya membantu masjid dalam memenuhi keperluan kewangan mereka, tetapi juga menyediakan pengalaman sumbangan yang lebih bermakna kepada pengguna. Oleh itu, dengan yakin kita dapat merekomendasikan Sujood kepada semua orang yang ingin menyumbang kepada masjid secara mudah dan cekap.
Download sekarang di iPhone dan Android atau layari laman web mereka di Sujood.net