Sebut sahaja nasi lemak, mesti teringat sambal. Tapi kebanykkan sambal dah lali dengan perut. Cuma baru-baru ni, si suami teringin nak jamah nasi lemak dengan sambal sotong kering. Maka Puan Isteri ni gigih lah panjat pasaraya semata-mata nak dapatkan dan penuhi keiinginan suami. Tapi ramai yang kata, leceh kalau nak buat sambal sotong kering ni. Kena rendam seharian, betul ke?
Sebenarnya nak buat sambal sotong kering mudah, tapi untuk lembutkan sambal agak leceh dan sensitif. Ramai yang salah cara nak lembutkan sotong ni. Mujur lah ada yang pengalaman banyak membant puan isteri nak setup sotong betul-betul lembut. Nak lembut kan sotong kering ni amat mudah, cuma perlu air dan ubat sotong, biasanya terdapat di pasaraya yang berdekatan dengan barangan kering seperti ikan bilis, sotong kering. Rendam 7-8 jam lepastu bilas, buang lendiran dan bersihkan sotong.
Petua abah, kalau nak dapatkan sotong tu lembut, kena rendam dulu dengan air panas atau masak selama 10 minit bagi lembutkan sotong tu. Memang proses ni agak leceh, bila korang telebih masa rendam sotong dengan ubatnya tu, maka sotong akan jadi berabu kepada ubat tersebut. Jadi dengarlah kata ai bagi yang newbie nak masak sambal sotong kering ni. Let’s cooking.
Nasi Lemak Sambal Sotong Kering
Bahan – Bahan
- 5 pot beras
- 2 cawan air
- 1 kotak santan kara
- Halia 1 Inchi ( Diketuk )
- Garam
- Daun Pandan
Add On :
- Telor Rebus
- Timun
- Kacang Tanah
- Ikan bilis Ranggup
Cara Penyediaan :
- Cuci beras terlebih dahulu sehingga bersih, dan masukkan semua bahan-bahan seperti 2 cawan air ( sukatan ikut suka masing2), santan, halia garam dan daun pandan.
- Terus masak atas rice cooker, dan jika nak sentiasa bau sedap, ambil tuala basah, tutup atas tudung periuk rice cooker tersebut.
- Setelah Masak Hidang bersama sampingan yang ada.
Sambal Sotong Kering Sedap Dan Padu
Bahan-Bahan ( ** Dikisar )
- 6 keping sotong kering ( Direndam dengan ubat sotong )
- Cili kering**
- Bawang Besar **
- Bawang Putih **
- Air Asam Jawa
- Gula
- Garam
- Gula Melaka (Ikut Suka)
Cara Penyediaan
- Setelah sotong telah direndam semalaman, cuci bersih buang lendir serta tulang-tulang sotong yang tajam tu. Potong ikut suka samada nak secara kecil atau jejari. Rendam dengan air panas.
- Tumis cili kisar sehingga garing, masukkan bahan kisar seperti bawang besar, bawang putih
- Masukkan garam, gula dan gula melaka sedikit
- Gaul rata, dan masukkan air asam jawa. Biarkan reneh.
- Masukkan sotong biarkan seketika. sehingga masak.
Tips :
- Nak bagi sambal tahan lama dan cantik, seeloknya masak sambal selama 3-4 jam dalam api yang kecil.
sedapnya cikza. dah lama tak.mkn nasi lemak sedap. org sekarang jarang nk pandai buat sambal nasi.lemak. tapi sambal sotong cikza nampak sedap sgt…
wahh! trima kasih.. sy pun masih belajar lagi bab-bab masak.