KEDAI CERMIN MATA MURAH SIAP 25 MINIT DI SUNGEI WANG PLAZA | Rasanya ini adalah entry ke tiga berkaitan dengan servis pantas kedai ni tau. Kalau dah kali ke 3 Cikza buat perkongsian mengenai kedai ni, nampak tak ianya trusted, servis cepat dan pantas. Kalau yang suka baca perkongsian Cikza pasti ingat, suatu ketika dahulu Cikza pernah buat perkongsian mengenai kedai ni juga. — > Kedai Cermin Mata Murah Siap 30 Minit di sekitar Kuala Lumpur
Tapi agak terkejut rupanya, Duo Optical dah buka cawangan baru, tak jauh dari lokasi asal. Hanya bersebelahan sahaja. Kalau korang nak tahu, Cikza ni sangat cerewet nak pilih cermin mata, tapi siapa yang kenal Cikza, pasti tahu yang sis mempunyai silau yang tersangat tinggi dan tahap rabun dekat mata tu dah naik jugak tau. Rata-rata cuba juga bertanya di beberapa kedai cermin mata luar dari kawasan Kuala Lumpur, namun harga yang ditawarkan kebanyakkannya sekitar dalam RM 400 dan keatas.
MASIH MENGEKALKAN HARGA MURAH RM65 SEPASANG CERMIN MATA
Alhamdulillah, pagi-pagi syukur lah cik suami dah bagi green light nak ajak ke Sungei Wang Plaza, sebab secara kebetulan beliau juga nak mencari cermin mata hitam atau sunglases. Bila dah masuk Sungei Wang Plaza ni, kena bijak membuat pilihan sebab boleh jadi rambang mata tak tahu nak buat pilihan yang mana. Tapi disebabkan design yang Cikza nak hanya ada di Four Eyes Optical sahaja, maka langkah tertuju terus kepada kedai tersebut.
Kali ketiga Cikza ke kedai ni, salah satunya servis dan layanan customer servis memang puas hati. Jika dahulu Cikza memilih Multicoated yang ikut harga asal sekitar RM 150 – RM 200. Tapi kalini Cikza memilih design Cat eyes, dengan kanta jenis Blue Ray yang harga asalnya sekitar RM180 – RM250 juga, Tapi serius di Four Eyes Optical lagi murah untuk harga kanta tersebut. Untuk pengetahuan korang, Kedai tersebut hanyalah kedai biasa dan tidak popular atau viral, tapi cukuplah dengan servis yang bagus dan mesra pelanggan termasuk harga setanding dengan kedai berjenama.
RAMBANG MATA TENGOK DESIGN YANG ADA NAMUN CAT EYES MENJADI PILIHAN
Seperti biasa, Servis layanan tiptop dari dulu hingga kini adalah Tuan Rasman. Beliau tahu kehendak dan keinginan dan masalah yang dihadapi. Korang cakaplah budget berapa, beliau akan cuba bagi best price dekat korang. Ternyata servis masih kekal pantas dan cekap. Kalau korang nak tahu, Ini bukan bual kosong tapi memang betul. Sepanjang 25 minit menanti cermin mata siap,Bukan sahaja dapat penerangan terperinci berkaitan setiap kanta yang di pamerkan. Dan perkongsian kejayaan beliau mengenai cawangan terbaru ni. Setiap kanta mempunyai pelbagai keistimewaan tersendiri, asalkan ada budget yang diperlukan semuanya dapat.
Servis Pantas Kedai Cermin Mata Murah FourEyes Optical, masih mengekalkan seperti di cawangan lain beliau Duo Optical Kuala Lumpur dan ianya betul-betul menepati citarasa Cikza, dengan staff yang sangat friendly. Akhirnya Cikza dapat design bingkai yang suami suka. Nampak simple dan kena jaga betul-betul. Bukan apa, kena hargai pemberian seseorang. Bingkai yang suami Cikza pilih ni, nampak trendy, dan terasa ala Saloma sangat bila memakainya.
Kali ke3 datang, jujurlah memang puas hati, dan Tuan Rasman menyambut kami dengan mesra pelanggan, dan bercerita berkongsi ada beberapa pelanggan yang datang kedai beliau disebabkan perkongsian Cikza sendiri. Kalau kesana carilah Tuan Rasman, katakan datang dari Blog Cikza.
Buat korang yang nak mencari kedai cermin mata murah tu, jangan lupa dapatkan di :
(Cawangan Asal Dan Pertama )
DUO OPTICAL SDN BHD
GB8 – GB10, G Floor
Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
( Cawangan Kedua )
FOUREYES OPTICAL
GB11 – GB14, G Floor
Ground Floor, Sungei Wang Plaza, Jln Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur