SERONOKNYA BELAJAR SAMBIL BERMAIN DI CULINARYSCHOOLS.ORG

SERONOKNYA BELAJAR SAMBIL BERMAIN DI CULINARYSCHOOLS.ORG | Kalau buka cerita bab mengenai masak-masak, sehingga sekarang memang Cikza adalah penggemar tegar permainan yang berasaskan cooking sims, Kalau tengok dalam telefon Cikza tu penuh dengan game cooking yang menjadi kegilaan dan cukup untuk mengisi masa lapang Cikza

 

Tiba-tiba pula, sedang godek dan godek game online lagi, kononnya nak hilangkan waktu penat kan biasanya rehat kan jam 1.00 petang, Cikza bukan suka keluar lunch sangat pun, kadang kalau tak habiskan masa buat design dekat Canva, Cikza cari game-game online yang ada dalam Google ni.

Tiba-tiba…..

Tapi zaman sekarang kita tak rasa sangat permainan dulu-dulu. Sekarang semuanya di hujung jari yang pasti games semua dah ada dekat kat laptop atau kat handphone.. Handphone sekarang pun dah kemain canggih.. Tapi dalam Cikza search tu terjumpa pula Cullinary Schools Kids yang kita sebagai mak pun dah teruja. Cikza perkenal juga dekat kawan Cikza satu game permainan menarik sambil belajar, ternyata sehingga sekarang beliau mengajar anak-anak yang seusia 1 tahun tu menggunakan Games ni tau. Kalau korang yang ada anak berusia 1 tahun ke atas ada dua permainan ini sangat sesuai.

BELAJAR PADANAN GAMBAR MELALUI KITCHEN WORD

Kitchen Word ni memang pembelajaran yang bagus untuk anak-anak mencuba di rumah. Dengan padanan sesuatu benda mengikut padanan gambar yang betul. Permainan ini sangat-sangat menyeronokkan sambil bermain dan belajar. Permainan ini memang akan mengasah minda kanak-kanak yang baru nak mengenal gambar. Cikza yang main game ni pun rasa teruja apatah lagi kanak-kanak. Feedback yang Cikza dapat dari kawan-kawan rata-rata game ini sangat menyeronokkan

BELAJAR MENGENAL BARANG DENGAN BABY SUPERMARKET 

Baby Supermarket Sangat seronok sebabnya kan, kalau korang selalu bawa anak beli barang grocery, mesti dalam masa sama korang akan tunjuk pelbagai barangan kepada anak-anak dalam masa sama mengenal barang yang ada di pasaraya. Dan selepas itu boleh terus dipraktikan dekat dalam satu permainan yang Cikza kongsikan. Ada sahabat yang cuba menggunakan permainan ini dan praktikkan untuk anaknya, memang ternyata ianya sangat membantu sangat.  Sebenarnya bagi lagi games school culinary yang ada kat website tu, tapi Cikza highlight yang paling menyeronokkan,  Nanti korang sekodeng atau scroll sampai bawah sebab ada banyak lagi game untuk dicuba tau.

Rangsanglah minda anak-anak sejak awal usia mengikut peringkat dan kesesuaian tertentu. Ia bukan sahaja menggalakkan fungsi otak, malahan merapatkan jalinan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak. Kalau seeloknya untuk merangsang minda anak-anak adalah dari seawal 1 tahun atau semasa bayi lagi sebaiknya untuk para ibu bapa merangsang dan mengajar minda bayi untuk mengenal pembelajaran. Mana ibu-ibu dan bapa yang mencari permainan dambil merangsang minda anak-anak dicadangkan CulinarySchool.org memang sangat membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge