5 LOKASI GLAMPING MENARIK DI SELANGOR JADI TARIKAN | Kurang dari 2 bulan dari sekarang ni cuti sekolah dah nak bermula. Pasti ramai terutamanya ibu-ibu yang kini sedang merancang percutian khusus untuk bersantai bersama keluarga. Rupanya Cikza baru tahu, istilah Glamping ni datangnya dari maksud “Glamour Camping” – sumber Ammboi
Kalau ibu-ibu zaman 90an, akan kalut pergi cari full set penuh, pelbagai barangan camping seperti khemah, alatan memasak, alatan lain-lain yang berkaitan. Tapi port pilihan utama adalah pantai. Berbalik pada maksud Glamping tadi. Ibu-ibu tak perlu bersusah payah nak siap siaga barang-barang seperti di-atas. semuanya telah tersedia bagi memudahkan ibu-ibu semua. Mudah sangat, hanya bawa badan, barang untuk BBQ perapan dan sebagainya.
Lokasi yang menjadi pilihan terkini adalah kebanyakkan yang jauh dari kesibukkan kota. Kalau boleh nak layan flora dan fauna di kawasan hutan simpan, dan air terjun kalau boleh. Namun perkongsian harini pun semoga ia memberi manfaat pada ibu-ibu di luar sana yang pening kepala nak merancang percutian menarik untuk anak-anak. Jom kita tengok Lokasi Glamping Menarik Di Selangor Jadi tarikan.
5 LOKASI GLAMPING MENARIK DI SELANGOR JADI TARIKAN
1. Hammocks By The River – Hulu Langat, Selangor
Imej Via | Hammocks By The River
Terletak di Batu 14 Hulu Langat, memang betul-betul jauh dari kesibukkan kota. Yang paling menarik, setiap Glamping disediakan pelbagai peralatan seperti, tilam dan kerusi untuk ruang rehat bersama keluarga. BBQ? jangan risau semuanya tersedia ada hanya perlu bawa barang sahaja. Kalau lokasi di Hulu Langat memang best sebabnya ada pelbagai Air terjun yang ada disana selain Sungai Congkak yang suatu ketika dulu sangat terkenal.
Lokasi: Lot 617, Jalan Sungai Makau, Batu 14 Hulu Langat, 47310 Hulu Langat, Selangor | Tempah Sekarang
2. Dusun Bonda – Batang Kali, Selangor
Imej Via | Dusun Bonda
Dusun Bonda yang terletak di Batang Kali, Selangor. Tak sangka ada Glamping menarik yang punya pelbagai pilihan dekat sini. Kalau tengok pada persekitaran, memang betul-betul ala pertengahan hutan. Dah masuk kawasan tu, jangan tanya line telefon ada ke tidak.
Pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini oleh anda sekeluarga antaranya seperti Bamboo Water Rafting, Mandi sungai, River Tubing, Jungle Trekking dan macam-macam lagi. Pasti percutian kalini tidak membosankan dan meninggalkan 1001 kenangan.
Lokasi : Lot 2121 (2996) Jalan Ulu Tamu, Kampung Orang Asli Gurney, Ulu Tamu, 44300 Batang Kali, Selangor | Tempah Sekarang
3. The Hid3out – Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves Selangor
Imej Via | The Hid3out
The Hid3out terletak di Hutan Lipur Sungai Tua, Batu Caves Selangor. Kalau ikut dari komen, memang Glamping ni mendapat ramai komen positif, sebab suasana persekitaran santai sambil melayan denai alam flora dan fauna. Setiap glamping turut disediakan pelbagai kemudahan asas yang diperlukan.
Disini pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini oleh anda sekeluarga sehingga boleh dijadikan kenangan paling indah.
Lokasi : Hutlista 2, Hutan Lipur Sungai Tua 2, Jalan Sungai Tua, Sungai Tua, 68100 Batu Caves, Selangor | Tempah Sekarang
4. The Sticks Guide – Kuala Kubu Bharu, Selangor
Imej Via | The Sticks Guide
Terletak di Kuala Kubu Bharu, Glamping dekat sini ada 2 pilihan yang boleh anda cuba mengikut kapasiti ahli keluarga seperti Serengeti Tent dan Riverside Tendok. Namun kedua-duanya memang wajib untuk dicuba mengikut keluasan dan kapasiti famili anda.
Bagi ahli keluarga 2 dewasa dan 2 kanak-kanak glamping yang disyorkan adalan Serengeti Tent yang memuatkan 4 orang dalam satu masa berbanding Riverside Tendok yang boleh memuatkan untuk 2 orang sesuai untuk mereka yang ingin berbulan madu. Tapi ada pelbagai package khusus untuk mereka yang berbulan madu
Disini pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini oleh anda sekeluarga sehingga boleh dijadikan kenangan paling indah.
Lokasi : Lot 213 Jalan KKB – Fraser’s Hill, 44000 Kuala Kubu Baru, Selangor | Tempah Sekarang
5. River & Glamp Ulu Yam – Batu Caves, Selangor
Imej Via | River & Glamp Ulu Yam
Terletak di Jalan Sungai Tua, Batu Caves. Memang betul-betul jauh dari kesibukkan kota. Yang paling menarik, setiap Glamping disediakan pelbagai peralatan seperti, tilam dan kerusi untuk ruang rehat bersama keluarga. Tapi pilihan glamping kalini memang best, satu glamping boleh memuatkan 2-6 orang dalam satu masa.
Paling penting, setiap glamping terletak dengan berhampiran dengan kemudahan surau, tandas dan kemudahan lain. Disini pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini oleh anda sekeluarga sehingga boleh dijadikan kenangan paling indah termasuk bersama yang tersayang.
Lokasi : Nur Laman Bestari Eco Resort, Jalan Sungai Tua, Kampung Batang Batu, 68100 Batu Caves, Selangor | Tempah Sekarang
Dah pilih untuk travel bersama keluarga akan datang ni. Jangan lambat-lambat nak full booked sebab kebanyakkan perkongsian ni, tent semua lawa-lawa.
Nampak cantik betul dusun bonda tu. Boleh try bawa keluarga nanti.
boleh.. sekarang ni musm cuti sekolah, cuma seeloknya jangan pergi time hari hujan risau pula