SEDAP BETUL RUPANYA PASTA SPIRAL GORENG TOMYAM | Kata orang tak salah mencuba sesuatu yang baru, kebiasaanya kita lihat Spagheti yang digunakan untuk apa jua jenis hidangan seperti Spagheti Creamy Tomyam, Spagethi aglio olio dan macam-macam lagi.

Kalau dalam famili Cikza, si adik memang menjadi peminat setia Fettuchini, Pasta Maccaroni, Spiral dan sebagainya. Tapi tengok pada resepi. Suami pula lepas kahwin ni mula belajar makan benda-benda pelik sebegitu katanya lah. Tapi kita coba tau.

SEDAP BETUL RUPANYA PASTA SPIRAL GORENG TOMYAM

Menu kalini lain dari yang lain sikit, walau tak cukup bahan tapi alhamdulillah menjadi dan bertambah-tambah dibuatnya si adik yang menjamah. Dapat pula kita buatkan Chicken Grill masuk air fryer sahaja. Hampir seminggu juga kita perap. Pertama kali buat tau, Spiral Pasta Goreng Tomyam ni. Kita guna apa ada dalam peti ais je.

Resepi Pasta Spiral Goreng Tomyam 

  • Bahan-Bahan

    • 1 peket Spiral Pasta siap rebus dan tos terus ( Ikut Suka lah Brand apa )
    • 6 slice isi ayam saiz jejari potong kecil
    • 10 biji Tomato Ceri
    • 5 Batang jejari ketam (Potong Dadu )
    • 1 biji Capsicum (Cili Benggala)
    • 1 batang lobak ( Sagat Kasar )
    • Daun ketumbar
    • 1 sb Lada Hitam Kasar
    • 1 sb Chili Flakes
    • 1 kiub Daging ( Brand Knorr terpaling sedap )
    • Garam
    • Maggi Cukup Rasa
    • 3sb olive oil
    • 3sk pes tomyam (ikut brand )
  • Bahan Untuk Kisar Kasar 

    • 1 biji bawang holland
    • 5 ulas bawang putih
    • 4 tangkai cili padi merah (pilihan)
    • 3 sb Cili Kering Kisar

Cara Penyediaan Spiral Pasta Goreng Tomyam 

  1. Panas kan minyak olive oil dengan api yang sederhana, Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik ranum dan bau tu sedaplah kan, tapi kalau nak sedap letak daun limau purut pun okeh, namun tiada stock maka kita lupakan.
  2. Masukkan pes tomyam dan isi ayam tadi kacau rata, waktu ni dah boleh lah masukkan lada hitam kasar/chili flakes/kiub daging knor dan 1 senduk air pasta tadi. Kacau bagi rata sampai hampir2 nak kering perasakan garam dan serbuk perasa.
  3. Masukkan spiral pasta dan kacau rata tau, tapi kalau pes tomyam lagi lebih lagi sedap. Percayalah kita buat kita makan. Dah rata biarkan dalam 3 minit, masukkan bahan-bahan lain seperti lobak/jejari ketam/ daun ketumbar/ tomato ceri dan lain-lain.
  4. Kacau rata biarkan 3 minit lagi lepastu boleh hidang makan panas-panas. Kami hidang bersama Chicken grill kewpie roasted yang viral tu. Nak lagi sedap sebab pedas, perahkan lemon memang sedap dan terbaik.

Terima kasih selamat Mencuba !! 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge