CARA MUDAH BUAT SOS KERABU MAGGI THAI PALING SEDAP | Kerabu maggi ni dah sinonim dekat kedai-kedai tomyam yang ada di serata Malaysia ni. Sedap atau tidak bergantung kepada cara pembuatannya. Jika pembuatannya bagus, maka kerabu yang dihasilkan memang sedap padu dan pedas. Thailand ni sinonim dengan masakan berasakan tomyum dan pedas.

Perkongsian harini adalah dari Cikza sendiri yang kebetulan berada berhampiran dengan sempadan Thailand. Jadi dah sampai sana sempat jugaklah berguru dengan mereka yang berpengalaman. Terus Cikza buat stock simpanan jika perlu.

SOS KERABU MAGGI THAI

Bahan – Bahan 

  • 1 batang Daun Ketumbar
  • 10 ulas bawang putih
  • 30 batang cili padi merah
  • 5 biji limau nipis
  • Sos ikan
  • Garam
  • Gula

Cara Penyediaan

  • Masukkan Cili Padi, bawang putih, akar daun ketumbar dan air, kisar separuh halus kalau nak lumat pun boleh
  • Masakkan atas api, masukkan garam, gula, sos ikan, dan perahan limau nipis. Jangan lupa perasakan garam
  • Sejukkan seketika, masukkan bersama potongan daun ketumbar.

 

Tips : 

  • Nampak simple tapi pedas berapi. Boleh buat stok jika perlu masukkan dalam peti ais, tahan sampai 3 minggu. Jika nak buat kerabu maggi, boleh ambil 2-3 sudu dan terus gaul. Puas hati.
  • Kalau suka masam, boleh letak perahan limau nipis lelebih pun di syorkan.

 

Harap perkongsian ni dapat membantu korang mendapatkan idea-idea kerabu selain maggi. Boleh juga unuk digunakan sebagai sos pencicah, dan juga kalau korang ada buat kerabu sotong, letak 2-3 sudu pun dah umpph !

 

6 thoughts on “CARA MUDAH BUAT SOS KERABU MAGGI THAI PALING SEDAP”

  1. tudiaaaaaa…..cili api tu banyak betul erk..kalau akak makan mau pecah perut terbakar ni..dah la perut x kuat sgt dah..hehehehe…apapun resepi tu senang je dan bahan pun mudah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *