Sejak masuk tahun 2020 ni, dah bertahun-tahun azam nak kurus tak tercapai. Namun banyak benor alasan menolak untuk melakukan aktiviti lasak. Tapi tahun ni, rasanya bolehlah katakan tidak pada alasan untuk tidak bersukan. Punca pemakaian kurang sesuai tu adalah faktor utama, kadang badan gempal macam Cikza ni, kena cari tema pemakaian betul-betul sedap di mata suami termasuk hijab. Suami kita jenis utamakan hijab yang bawah paras menutupi dada tau.

Inilah Iklan Yang Terngiang-ngiang Untuk Cikza Bershopping Kat SIni | Tahan Hijab Dari PTT Outdoor

Baru-baru ni, Cikza ada terpandang iklan di sekitar Facebook, berkenaan tudung untuk bersukan, memang tepat pada masanya lah. Bukan apa azam tahun baru kata nak kurus. Jadi kena lah preapare betul-betul. Apa yang menarik perhatian Cikza adalah Tudung Tahan Lasak yang dijual. Memang pucuk dicita ulam mendatang. Tawakal jerlah beli. Sedap atau tidak belakang kira. Tapi kastam pertama kena tanya suami dulu, kalau dia kata on baru beli. Tapi syukur suami pun bagi keizinan sebab buat ayat menggoda, maklumlah bini suka shopping online.

Tahan Hijab Dari PTT Outdoor Sesuai Untuk Sukan Lasak

Bila parcel dah dapat, mulalah suka kan. Tapi bagus ke tidak produk ni, kita kena ambil tahu jugak. Tapi kebetulan, waktu yang sesuai untuk disarungkan pada asalnya adalah untuk beriadah, tapi disebabkan cuaca, maka kita bersenam di dalam opis sahaja, Jangan kata sukan, untuk santai pun sangat sesuai, macam nak pergi pasar ke, hantar anak kelas tambahan atau sebenarnya kalau korang yang minat sukan lasak macam berkayak dan daki gunung lagi sangat sesuai.

Tudung Sukan Tahan Hijab Dari PTT Outdoor Sesuai Untuk Sukan Lasak | Sumber PTT OUTDOOR

Cikza suka sangat, dengan material hijab tersebut, sebab tahan lasak tak mudah koyak dan tetas benang. Inilah yang dicari selama ni, Yang paling best hijab ni serap peluh, bila korang dah beiadah peluh yang ada terus diserap. Sebab tu kalau korang yang suka berkayak, sangat sesuai sebab bila hijab tu basah, nak menunggu waktu kering tak payah nak tunggu lama-lama kena bukak jemur bagai. Tak sampai 10 minit dah kering sebab material serap peluh. Meh tengok Ciri-Ciri Yang Ada Pada Hijab ni.

  • Fabrik Jenis Sejuk 
  • Kain Cepat Kering / Serap Air 
  • Mudah Untuk Disarung 
  • Sangat Selesa 
  • Sesuai untuk aktiviti lasak termasuk pergi pasar
  • Material : 90% Polyster + 10% Spandex

Patuh Syariah Atau Patuh Pada Suami? 

Bila dah sesuai dengan usia Cikza yang semakin berumur ni, maka kita kenalah mencari benda atau sesuatu yang sangat sesuai dengan diri kita. Sebab usia bukan makin menurun, tapi makin meningkat. Waktu untuk cantik tu kena ada, tapi bukan setakat patuh pada syariah, tapi pendapat suami patut diambil kira, sebab dia yang selalu tengok kita. Ciri-ciri apa yang suami kita mahukan 100% dah ada dalam hijab ni, terutama, labuh dan menutupi paras dada. Maka dengan jayanya boleh beli di Laman Web PTT Outdoor. Yang penting harga tidak melebihi RM 100 sepasang ye.

Tudung Sukan Tahan Hijab Dari PTT Outdoor Sesuai Untuk Sukan Lasak
Nampak Tak? Material Sejuk Tau! | Tahan Hijab Dari PTT Outdoor
Abaikan Double Chin, Yang Penting Serap Peluh | Tahan Hijab Dari PTT Outdoor

Kalau korang yang berminat selain barangan untuk sukan, di PTT Outdoor pun ada jugak keperluan untuk aktiviti Hiking, Cycling dan sebagainya. Jadi tak perlu susah payah nak berhabis minyak nak drive ke kedai, terus cuci mata dekat laman website PTT Outdoor. Setakat harini, Cikza tengah survey alatan untuk cycling, sebab macam minat dah menjurus ke arah cycling pulak. Saje cuci-cuci mata.

Facebook PTT OutDoor | Website PTT Outdoor | Instagram PTT Outdoor

 

10 thoughts on “Tudung Sukan Tahan Hijab Dari PTT Outdoor Sesuai Untuk Sukan Lasak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge