AMALAN HARIAN SURAH DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU | Solat adalah tiang agama bagi semua umat Islam umumnya ramai yang mengetahui. . Mendirikan solat adalah rukun islam kedua yang perlu kita laksanakan. Oleh kerana terlalu penting ibadah ini, maka sangat penting untuk kita menjaganya dan mematuhi kewajipan tersebut sebagai seorang muslim. Doa selepas solat fardhu itu jika kita amalkan, besar ganjarannya.

Antara perkara yang paling penting untuk diamalkan sebagai umat Islam adalah untuk sentiasa doa selepas solat. Tetapi ramai tidak tahu doa yang patut diamalkan selepas solat fardhu. Kita sering diajar dari kecil lagi untuk sentiasa berdoa dalam hidup kita. Ini terutamanya patut dilakukan selepas melakukan perkara wajib seperti solat fardhu.

AMALAN SURAH DAN DOA SELEPAS SOLAT FARDHU

Amalan zikir dan membaca doa selepas menunaikan solat fardu merupakan satu amalan yang amat digalakkan untuk melakukannya. Dengan melakukan amalan-amalan seperti zikir, wirid dan berdoa boleh menjadi salah satu asbab sebagai penghapus dosa tanpa kita sedari.

  • SURAH AT-TAUBAH AYAT 128-129

لَقَدْ جَآءَكُمْ رَسُولٌۭ مِّنْ أَنفُسِكُمْ عَزِيزٌ عَلَيْهِ مَا عَنِتُّمْ حَرِيصٌ عَلَيْكُم بِٱلْمُؤْمِنِينَ رَءُوفٌۭ رَّحِيمٌۭ

Rumi: laqod jaa-akum rasuulum min anfusikum aziizun alaihi maa anittum harii-shun alaikum bilmu’miniina rauufur rahiim.

  1. Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.

فَإِن تَوَلَّوْا۟ فَقُلْ حَسْبِىَ ٱللَّهُ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ ٱلْعَرْشِ ٱلْعَظِيمِ

Rumi: Fain tawallau faqul hasbiyallaahu laailaaha illaa huwa alaihi tawakkaltu wahuwa rabbul arsyil azhiim.

  1. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepadaNya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai Arasy yang besar.”

  • DOA KESEJAHTERAAN DAN KESELAMATAN

“Ya Allah, Engkau adalah Dzat yang mempunyai kesejahteraan, dari-Mu kesejahteraan itu, kepada-Mu akan kembali lagi segala kesejahteraan itu, Ya Tuhan kami, hidupkanlah kami dengan sejahtera. Masukanlah kami ke dalam surga kampung kesejahteraan. Engkaulah yang berkuasa memberi berkah yang banyak dan Engkaulah Yang Maha Tinggi, wahai Dzat yang memiliki keagungan dan kemuliaan.”

  • DOA UNTUK IBU BAPA

اَللَّهُمَّ اغْفِرْلِيْ ذُنُوْبِيْ وَلِوَالِدِيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صِغِيْرًا

Rumi: Allahummagh firli zunubi wa li wa lidayya warhamhuma kama rabbayani soghiro.

Maksud doa untuk ibu bapa: “Ya Allah! ampunilah dosaku dan dosa kedua orang tuaku dan kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku sejak kecil.”

  • DOA SELEPAS SOLAT FARDHU

Rumi : Bismillah hirahman nirrahim. Alhamdulillah hirabbil alamin, wassola tu wassalamu ala saidina muhammad asrafil mursalin.Wa a’ala alihi wasobbihi ajmain. Allahumma ahyina bil iman, wa amit na bil iman, wa adkhilnal jannahta maal iman. Allahummagfrilana zunubana waliwalidaina, warham huma ka rabbayana sogira. Allahumagtimlana bihusnilkhotimah, wa la tahtim ala’ina bi suil khotimah, rabbana la tuhzigh qulu bana, bahdaizhadaitana, wahablana milladun karahmah, Innaka antal wahab.Rabbana atina fiddunya asana,  wafil aakhirati hasana waqina a’za bannar. Wassalllalahuala saidina muhammad wa a’la alihi wasobihi  wassalim, walhamdulillah hirabbil alamin.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya. Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. Ya Allah, akhirilah umur kami dengan kesudahan yang baik dan janganlah kiranya engkau akhirkan umur kami dengan kesudahan yang tidak baik.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia. Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam. Berdoa kepada Allah akan mengingatkan kita betapa kerdilnya diri di dunia ini. Tanpa Allah SWT, kita umpama fakir yang tidak punya apa-apa. Jiwa yang kosong, hati yang rapuh dan kehidupan tanpa arah.

Jadi, secara tidak langsung, tanpa kita sedari, dengan berdoa dapat menyedarkan kita bahawa kita amat bergantung kepada Allah dalam apa jua perkara. Malah, segalanya tidak akan diperolehi dan tidak dapat dielakkan dengan keizinan Allah SWT. Maka selepas solat, sentiasa amalkan beberapa surah untuk bekalan di dunia dan akhirat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge