TONTON DRAMA BILA HATI MEMILIH DIA EPISOD 1 – 15 (AKHIR) TV3 | Cerita hot tu dah habis! maaf tau buat pembaca CikzaCom harini baru berkesempatan update Drama terbaru yang menggantikan Suamiku Lelaki Pendosa. Macam biasa drama yang nak diketengahkan ni memang catchy sikit, jalan cerita agak menarik jugak.
Drama yang adaptasi dari novel ‘Bila Hati Memilih Dia’ hasil karya Wan Nur Najihah kini mengisi slot Samarinda TV3. Drama bersiri 15 episod arahan Bahri Uma, turut menampilkan gandingan Aedy Ashraf dan Eyka Farhana. Drama Bila Hati Memilih Dia kini ditayangkan setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui i-Qiyi pada hari yang sama selepas siaran di TV3.
INFO DRAMA BILA HATI MEMILIH DIA TV3
- Episod: 15
- Tarikh Tayangan: 28 Mac 2022
- Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam
- Rangkaian: Samarinda TV3 / iQiyi
- Novelis: Wan Nur Najihah
- Skrip: Farah Alya As’ari, Farah Bani
- Pengarah: Bahri Uma
- Produksi: Global Station Sdn Bhd
- Pelakon:
- Aedy Ashraf
- Eyka Farhana
- Maryam Annisa
- Zila Bakarin
- Shahz Jaszle
- Azri Sabri
- Gambit Saifullah
- Shima Anuar
- Mak Wan
- Qistina Khaled
- Shah Rezza
- Ezaidi Aziz
- Syeera Aziz
- Edaman Othman
- Izuan Razali
SINOPSIS DRAMA BILA HATI MEMILIH DIA
Kisha Adra (Eyka Farhana) yang baru tamat belajar dan sedang menunggu tawaran pekerjaan. Adra telah dipaksa oleh mak tirinya Makcik Melur (Zila Bakarin) untuk berkahwin dengan Farhan (Azri Sabri). Namun Adra menolak permintaan ibu tirinya kerana masih tidak bersedia. Pada masa yang sama, Nazril (Aedy Ashraf), terpaksa berpindah ke Langkawi atas urusan kerja. Nazril merupakan seorang bapa tunggal dan dia terpaksa mencari pengasuh untuk menjaga anaknya, Nufail (Maryam Annisa).
Makcik Melur yang tahu tawaran pengasuh tersebut terus memaksa Adra kerana mendengar gaji yang diberi lumayan. Adra akur apabila Makcik Melur beri jaminan selepas bekerja beberapa bulan dengan Nazril, Adra boleh bebas bekerja di Kuala Lumpur.
Nazril dan anaknya, Nufail tiba di Langkawi dan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di sana. Satu insiden terjadi di mana Nufail hilang sewaktu Nazril sibuk menjawab panggilan telefon. Kebetulan Adra berada di situ, dia cuba memujuk Nufail dengan memeluknya. Nazril terus menjerit dan menuduh Adra cuba menculik Nufail.
Keesokan hari, Adra tiba di rumah Nazril. Nazril terkejut dan mengungkit peristiwa semalam. Setelah Nufail menceritakan hal sebenar, Nazril terus meminta maaf kepada Adra. Adra tidak suka dengan sikap Nazril dan berasa tidak sedap hati bekerja di situ. Nufail seorang kanak-kanak yang pemalu tetapi dia sangat selesa dengan Adra membuatkan Nazril mengalah dan meminta Adra terus bekerja sehingga dia mendapat pengasuh baharu.
Makcik Melur terus cuba menjodohkan Adra dengan Farhan. Adra menolak kerana tidak suka dengan perangai Farhan. Pada masa yang sama, Fadhil (Shahz Jaszle) abang kepada Farhan juga cuba memikat Adra. Satu insiden berlaku yang membuat Adra dan Nazril terperangkap tanpa siasatan kejadian sebenar. Adakah kesudahan nasib Nazril dan Adra? Jadi anda wajib tonton sampai habis.