RANCANG KEWANGAN KELUARGA DENGAN CALCULATOR.ME | Kebiasaan benda yang paling penting bila dah berkeluarga ni, adalah perancangan kewangan perbelanjaan bulanan keluarga. Jadi perempuan terutamanya isteri atau ibu banyak benda harus difikir kadang kena utamakan perbelanjaan lain-lain tetapi terpaksa simpan khususnya untuk diri sendiri. Ianya tidak terjadi pada kita tetapi pada orang lain juga.
Katakan jika financial kita cantik atau ada lebihan pada bulan ini, tunggu bulan seterusnya dan seterusnya pasti akan ada masalah yang akan terjadi seperti perubatan, kenderaan rosak dan sebagainya. Tapi yang jenis berbelanja sakan dan berlebihan tanpa beringat tu confirm akan jadi negatif atau terlebih belanja sehingga hutang atau beberap bil terpaksa ditangguhkan demi kepuasan peribadi.
Calculator.Me Membantu Merancang Kewangan Bulanan
Dalam kita serabut nak fikir masalah nak rancang perbelanjaan bulanan tu, rupanya ada juga satu aplikasi yang tersangat membantu rupanya paling senang dengan hanya masukkan angka samada gaji korang setiap bulan. Apa yang menariknya aplikasi ni. Secara automatik ianya dah terbahagi siap-siap setelah kita masukkan satu angka. Benda jadi lebih mudah untuk kita buat perancangan.
Mujur juga ada Calculator.me semuanya dihujung jari. Jadi dapat lah jugak imbangi bahagian mana yang perlu dikurangkan dan bahagian mana yang perlu dilebihkan. Bukan apa, perkara akan jadi lebih mudah jika kita buat pembahagian, secara tak langsung dapatlah kita buat simpanan untuk masa depan kalau ada masalah.
Contoh Pengiraan Mengikut Gaji Bulanan
Sebagai contoh, Cikza memasukkan mereka yang berpendapatan RM2000. Lepas je kita masukkan angka yang dianggarkan , Perkara paling menarik kita dapat lihat terus sistem akan mengesan dan akan mulakan pembahagian berdasarkan perbelanjaan yang diperlukan setiap bulan. Mudah kan? Jadi tak payah nak pening kepala buat kira-kira lagi.
Menariknya dalam Calculator.Me rupanya ada pelbagai aplikasi lain selain dari Financial, Jadi korang yang merancang nak beli rumah, nak apply kad kredit atau lain-lain boleh terus gunakan aplikasi ni untuk buat kiraan terus. Dari situ selain dapat anggaran bulanan sebenar dapat juga kita rancang mana yang perlu dan mana yang tidak perlu.
Kesimpulannya merancang perbelanjaan keluarga boleh dilaksanakan dan boleh menjadi sukar, dan kadangkala sukar untuk mengetahui dengan tepat ke mana wang itu pergi. Kebanyakan orang mempunyai pegangan yang cukup baik mengenai keperluan, dan sangat mengetahui kos bulanan sewa atau bayaran rumah mereka, utiliti mereka, dan juga kos makanan mereka. Sangat penting untuk merancang tetapi paksa untuk melakukannya.