TONTON DRAMA HONEY-MOON EPISOD 1-20 AKHIR TV3 | Tengok iklan duk lalu, macam best je drama Honey-Moon. Sebab Nampak pelakon Zara Zya pegang watak perempuan montel dalam drama tersebut. Kalau Zara Zya yang berlakon confirm lah memang akan nada slot komedi.
Drama bersiri Honey-Moon terbitan Mache All Star United Sdn Bhd, dibintangi oleh Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Wanns Ahmad akan menemui penonton di TV3 mulai 16 Julai, setiap Rabu hingga Sabtu 9:00 malam. Jangan lupa save the date, sebab ada Zara Zya tau.
TONTON DRAMA HONEY-MOON EPISOD 1-20 AKHIR TV3
- Episod: 20
- Tarikh Tayangan: 16 Julai 2022
- Waktu Siaran: Rabu – Sabtu
- Rangkaian: TV3
- Penulis Skrip: Sha Farhana Fauri
- Pengarah: Pali Yahya
- Produksi: Mache All Star United Sdn Bhd
- Pelakon: Zara Zya, Ben Amir, Hanna Aqeela, Wanns Ahmad
WATAK DAN PELAKON DRAMA HONEY-MOON
- Zara Zya Sebagai Moon
- Ben Amir Sebagai Ilham
- Wanns Ahmad Sebagai Jiman
- Dynas Mokhtar Sebagai Hajah Aminah
- Rashdan Baba sebagai Haji Shafie
- Fiza Thomas sebagai Heffa
- Khalaf Zulkafli sebagai Jimmy
SINOPSIS DRAMA HONEY-MOON EPISOD 1-20 AKHIR TV3
Seorang, lurus bendul, bersaiz XXL dan banyak cakap. Seorang, pendiam dan misteri, Moon dan Ilham dua watak yang tiada langsung persamaan. Namun siapa sangka, ketentuan-Nya mereka bertemu dalam keadaan yang tidak terduga.
Moon tak sangka, lelaki kacak yang terserempak dengannya di tepi sungai itu adalah tunangnya. Hensemnya tunang Moon mak oi! Hampir-hampir Moon nak jerit. Tetapi sayang, Ilham tidak tahu dia siapa. Err…
Pelik… Cinta memang pelik atau Ilham yang pelik, boleh jatuh cinta pandang pertama dengan gadis lurus bendul macam Moon. Saiz belakang kira, yang penting jiwa dan raga dah tertawan.
“Abang tak tahu waktu bila abang sedar abang jatuh cinta pada Honey. Lihat keletah Honey, sikap sengal-sengal Honey, tiba-tiba cinta datang tanpa abang sedar. Bila dah hidup bersama ni, tentulah cinta tu makin kuat.” – ILHAM
Moon dan Ilham fikir perkahwinan manis-manis belaka, mana tahu ada hempedu yang terpaksa ditelan. Sebenarnya Ilham sangat tertekan dengan kerjayanya yang melibatkan sindiket berbahaya. Dia mula abaikan Moon sehingga Moon berdendam dan nekad berubah. Bila Moon dah tunjuk belang dan tak hinginkan Ilham lagi, mulalah lelaki itu hilang arah.
“Pergilah, bang! Pergi balik. Jangan menyusahkan hidup Moon di sini lagi. Kalau Moon tak ada pun, perempuan lain boleh jaga abang!” – MOON
Akibat salah faham, rumahtangga Ilham dan Moon goyah. Seorang ego, seorang pentingkan diri. Tetapi hubungan mereka perlu diselamatkan, perlu dibajai semula demi kebahagiaan hakiki.
TONTON DRAMA HONEY-MOON EPISOD 1-20 AKHIR TV3
Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 Episod 8 Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (AKHIR)