Lovingly Signed One Stop Centre Barangan Keperluan Bayi | Wah! ada happynya bila dapat berita kelahiran dari kenalan rapat mahupun keluarga. Siapa tak gembira, bila kita dengar bab kelahiran ni masa tu dah fikir macam-macam persiapan atau hadiah yang ingin diberi. Buntu rasanya jika hadiah adalah yang sama seperti di beli tahun-tahun sudah. Tapi harini Cikza baru je, survey barangan keperluan bayi, sebab tak lama lagi, sorang sahabat Cikza bakal melahirkan baby girl tau.

Lovingly Signed One Stop Centre Barangan Keperluan Bayi

Apa itu Lovingly Signed? Ia adalah sebuah laman web yang berasal dari Hong Kong. Mereka turut menyediakan perkhidmatan tempahan personalised luxury baby gifts. Senang cerita apa yang kita mahukan semuanya disini. Kelainanya Lovingly Signed ni, dekat hadiah yang kita inginkan tu boleh di sulam nama bayi dengan kemas dan berkualiti. Produk mereka ni memang nampak mewah, berkualiti dan sangat exclusive memang wajib korang dapatkan disini.

Sesekali cuba kita beri hadiah comel dan mewah ini untuk baby baru lahir serta ucapan tahniah kepada ibu bapanya, rasanya tak salah bukan, Malahan terasa sangat-sangat dihargai. Maklumlah 9 bulan mengandung lepastu dapat pulak gift camni. Sejuk perut ibu tu mengandung melihat hadiah sebegini untuk anak mereka. Apa yang menarik di Lovingly Sign ni? Sila baca sampai habis.

 

Di Lovingly Signed ni ada macam-macam pilihan turut disediakan antaranya  Selimut, Permainan, Towel Dan sebagainya. Kalau korang buntu gift hamper juga turut disediakan mengikut bajet korang. Lagi tinggi bajet, lagi cantik barangan serta hamper yang boleh korang dapat. Rasanya website ni, memang memberi kelainan buat mereka yang buntu mencari idea.

Selimut Atau Blanket Yang Gebu Dan Berkualiti | Lovely Signed
Hooded Towel Yang Berkualiti | Lovingly Signed
Bib Dan Rompers Pelbagai Pilihan | Lovingly Signed
Permainan Kanak-Kanak Yang Comel | Lovingly Signed
Hamper Gift Yang Cute Sangat | Lovingly Signed

Kalau Cikza belek dan belek website ni, memang rambang mata dibuatnya. Tak tahu nak buat pilihan yang mana satu. Sebab semuanya comel-comel dan cute sangat. Kalau pilih blanket comel, nak hoodie pulak. Kalau nak toy lepastu nak gift hamper pulak. Tak tahu nak buat pilihan mana yang patut di dahulukan sebab semuanya cantik. Harga pulak memang setanding dengan kualiti pasaran antarabangsa.

Penghantaran Ke Seluruh Pelosok Negara 

Lovingly Signed ni beroperasi dari Hongkong, Maka penghantaran adalah bermula dari 2 – 3 hari bekerja. Maklumlah dekat kan. dan caj penghantaran hadiah di seluruh Hong Kong adalah percuma. Kalau dekat maka cepatlah sampai kepada penerima.

Bagi penghantaran luar negara, seperti Malaysia, Segala kos penghantaran akan dijumlahkan ketika checkout. Penghantaran akan dilakukan melalui perkhidmatan kurier pilihan mereka dan mengambil masa antara 4 hingga 8 hari bekerja. Rasa tak sabar kan.


Kalau korang berminat nak terjah website tersebut, pastikan bersabar sebab takut tak terkawal membeli, cantik dan pelbagai pilihan yang akan buat korang tak tentu arah nak pilih.

Lovingly Signed Web | Lovingly Signed Web Facebook | Lovingly Signed Instagram

 

 407 total views,  1 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge