Pekena ASAP STEAMBOAT AND GRILL Murah Dan Berbaloi, Di Bangi

Duk tengok blog Ben Ashaari bercerita pasal steamboat dan grill memang hati dah lama teringin nak pergi makan steamboat. Cuma tak kesempatan atas kekangan kerja. Ada satu part yang buat Cikza tertarik dengan Entry Steamboat And Grill Ben Ashaari ni, hinggaka boleh pujuk rayu encik asben untuk turut serta.

Tertarik dengan konsep suasana kampung, terus ajak escik asben terjah. sebab tak tahan Cikza sampai terliur tengok gambar-gambar dalam entri Ben. Jadi nak merasa sendiri pengalaman tu. Mana aci kalau dia pergi dulu. Bab makan sedap, wajib lah Cikza terjah, lagi pulak Cikza ni pemakan. Jadi sentiasa ada ruang makanan untuk bertapak.

ASAP STEAMBOAT AND GRILL Murah Dan Berbaloi, cawangan Bandar Baru Bangi Kini Dibuka

37 minit dari Ampang, rupanya dekat je pun. Ingat jauh. Cuma Waze Langat Catering sahaja, korang dah boleh sampai kat sana. Dibuka setiap hari dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam , ASAP Steamboat And Grill dimiliki sepenuhnya oleh Nurul Izzah Catering. Bayaran sebanyak RM42 seorang bagi  dewasa dan  kanak kanak cuma RM21 memang murah dan berbaloi. Makan sampai sebu kenyang woo!

Melangkah masuk je, memang tenang, suasana santai, konsep kampung yang diketengahkan memang betul-betul santai dan kena dengan mood laki bini malam ni. Persekitaran bersih, staff pulak memang peramah sangat. Lepastu kalau dah sebu confirm nak ‘membuang’ jangan risau korang, tandas disediakan memang bersih sangat. Tak lupa surau juga disediakan bagi kemudahan mereka yang ingin menunaikan solat.

 

Sumber Blog Ben Ashaari

Makan Sampai Sebu, Rambang Mata Dibuatnya, Tak tahu Nak Mulakan Dari Mana Sebab Semuanya Sedap

Jika part permulaan, perapan daging dan ayam tu, ada macam-macam jenis yang buat korang nak cuba kesemuanya. Lebih 115 jenis pilihan makanan tersedia termasuklah pelbagai pilihan Yong Tau Fu. Untuk Seafood pulak antaranya  pepahat, kepah, lala, udang, kerang, sotong dan banyak lagi. Semuanya segar tau.

 

Tidak lupa juga buat pengemar daging.. ada kambing , lembu , ayam dan ikan. Menariknya setiap hidangan daging ni diperap dengan empat jenis perapan Antaranya BBQ, Asap Spicy, Madu dan Black Pepper.

 

Kalau yang jenis sukakan, bebola dan sampingan yang lain memang ada pelbagai jenis. Untuk penambah perasa dalam steamboat. Tapi yang tu dah jadi satu kebiasaan sebab mana-mana kedai steamboat pun memang dah ada. Bagi Cikza ini sangat biasa,Tapi baca sampai habis, ada 2 jenis hidangan yang buat Cikza tertarik nak datang kesini.

Ruangan Air Panas Dan Stesen Desert Pun Memang Wajib jadi Perhatian

Bukan apa, korang kalau dah sebu, apakata pekena ais krim dulu, dengan ais kacang, sebab nak bagi sebu tu hilang kan. Eh! boleh ke? Korang pilih pelbagai jenis minuman dan pencuci mulut yang turut disediakan.

 

Penangan Baby Crab dan Sup Tulang Ni Buat Cikza Tak Ingat Nak Balik Rumah 

Ada juga disediakan nasi goreng , mee goreng , spagetti bolognese. Dan ada pulak pemanis mulut seperti ais krim, dadih, jagung kukus, pau, hot dog dan banyak lagi. Dua hidangan yang buat Cikza tak ingat nak balik. Leka sangat mengunyah. Sebelum ni memang pernah cuba makan Baby Crab versi ranggup tapi tak puas. Sekali dapat makan Baby Crab sekali lagi, memang sepinggan tak mencukupi tau. Punya leka mengunyah sebab sedap.

lepas makan baby crab, try pekena sup tulang, memang kena dengan tekak Cikza. rempah tu semua berasa. Tulang dan daging pun empuk dan perasa rempah air sup yang ada tu. Dihidangkan bersama nasi putih. Kan Cikza dah beritahu, Cikza ni pemakan, jadi ruang perut sentiasa ada untuk makanan nak bertapak.

Tak Rugi Bawa Famili Datang Sini, Sebab Murah Dan Berbaloi

Sambil duk makan tu, sebenarnya ada jugak kugiran santai dihujung minggu, Oleh kerana waktu Cikza datang tu, hari bekerja, jadi malam tu takdo Kugiran yang menemani Cikza, tapi pelbagai aksi suami yang buat Cikza jadi dan bertambah-tambah.

Untuk Korang Yang Nak Kesini, Boleh lah buat persiapan, perut tu biar kosong bebetul. Nanti jadi macam suami kita wakk! malam tak boleh tidur sebab sebu tak hilang. hahahha!

Info ASAP STEAMBOAT AND GRILL cawangan BANDAR BARU SALAK TINGGI : 
Alamat : Jalan Taman Sentosa , Desa Sentosa Fasa 2 , 43650 , Bandar Baru Salak Tinggi , Selangor.
No Whatsapp untuk tempahan : 013 766 8944 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge