Tengah sibuk nak bershopping, suami dah bebel perut lapar nak makan. Tapi Cikza bosan dah asyik makan kedai yang sama je. Sesekali nak jugak kelainan. Malas nak bergerak jauh-jauh jadi, saje lah selidik-selidik kalau ada kedai makan baru bukak, Standard harga makan normal, macam KFC atau McD je.

Jom Kita Ke Balik Pulau” Seloroh Suami Cikza

Eh! nak kena ke Penang ke? Biar betul asben Cikza ni. Kalau nak pergi Penang, memang bestlah, lama tak pekena Nasi Kandar Original Penang tau. Tapi Rupanya Balik Pulau dekat je. Ingatkan kena redah beratus-ratus batu rupanya. Tapi dekat je, cuma berapa tapak je dari tempat Cikza shopping. Laaaa dekat je rupanya, Ampang Point jugak je pun.

Balik Pulau Coffee Shop, Ampang Point Betul-Betul Santai Terbaik 

 

Terletak di Ampang Point, memang sesuai lah selesai je membeli belah, terus boleh basahkan tekak di Balik Pulau Coffee Shop, mudah dan dekat jer pun.  Kafe tersebut memang mudah nak cari. Lagi pulak parking pun senang. Melangkah masuk je, korang akan di sambut mesra oleh semua staff yang ada tau, terasa begitu dihargai waktu tu.

Konsep kafe yang santai memang terlalu santai. sesuai korang yang nak dating atau nak buat tugasan kerja ke. Makanan yang dihidangkan memang betul-betul utara marii. Ada Assam Laksa, Mee hoon Kari, Rojak buah, Tauhu Bakar macam-macam lagi lah. Nama pun konsep santai.

1# Mee Hoon Kari 

2# Sizzling Yee Mee Chicken 

3# Chicken Loh Bak

Keseluruhan memang kena dengan tekak Cikza. Sedap pulak tu. Ada satu menu pelik, nampak macam sedap bila tengok detail. Chicken Loh Bak rupanya fucuk tauhu dengan ayam yang di marinated tau. Sedap yang amat, rasa tak cukup semangkuk. Banyak lagi menu yang wajib korang patut cuba. Untuk korang yang teringin nak kesini, cuma waze ke Ampang Point je.

Balik Pulau Coffee Shop 

FM11, Ground Floor, Ampang Point Shopping Centre, Ampang Selangor

( Waze : Ampang Point) 

 

 

289 total views, 4 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge