Puas Hati Dapat Makan Durian Crepe Gemok By Raysha Homemade

Puas Hati Dapat Makan Durian Crepe Gemok By Raysha Homemade | Assalammualaikum semua! Macamana harini? semua okeh tak? Cuti-cuti ni kalau dapat makan desert pun memang sangat puas hati. Sebenarnya dah lama Cikza nak kongsi makanan yang best sangat. Bukan apa, Cikza ni pemakan orangnya. Cuma sekarang dalam bab makan kena berpada-pada. Sebelum ni Cikza pernah review betapa sedapnya desert dekat The Duchess Kitchen 

Cikza memang suka kalau dapat desert depan mata. Tapi harini Cikza nak kongsi dengan korang semua betapa nikmat dapat makan Durian Crepe Gemok By Raysha Homemade ni, nak tahu sedap atau tidak baca perkongsian Cikza sampai habis tau. Kalau dapat durian crepe ni kan sebenarnya ikut nasib.

Puas Hati Dapat Makan Durian Crepe Gemok By Raysha Homemade

Kalau order durian crepe ni sebenarnya ikut nasib, ada yang baik hati akan letak isi durian lebih dan if nasib tak baik hanya creme yang lebih. Suami kacak kita tempohari bawa balik Durian Crepe Gemok, pada awal nampak dari luaran tu macam biasa-biasa je, tapi lain yang Cikza tengok desert ni, saiz nya besar nau. Gemok pula tu. Tapi isi belom tahu lagi kan.

Rupanya sangkaan Cikza meleset sangat jangan di pandang luaran semata-mata, gigitan pertama jer pun dah boleh buat Cikza jatuh Cinta pandang pertama, dan tak rugi nak repeat berkali-kali tau. Cikza kalau bab desert memang cerewet terutama sekali Durian Crepe ni. Sebab pengalaman lah beli hanya creme sahaja lebih, Isi durian tu sikit yang amat.

Nampak tak? Gemok tapi puas hati isi durian berlebih. Serius memang sedap dan sangat kena dengan tekak Cikza. Durian Crepe By Raysha Homemade Ini lah baru betul-betul meniaga tak kedekut bahan. Premium rasa macam durian musang king. Terasa sampai ke tekak tu. Bukan itu sahaja tau. Crepe dia pun lembut dan sangat puas hati.

Inilah dia, bila seketul Cikza yang dah dapat apa yang di hajati, confirm terlupa orang lalu kat belakang pun tak perasaan kan. Nak tahu sedap atau tidak, korang tengoklah reaksi Cikza sendiri menghayati desert tu rasanya sudah cukup terliur betul tak. Sejujurnya inilah durian crepe yang Cikza rasa setakat ni sangat puas hati. Semua ramuan yang ada sangat mencukupi. Harga pun tidaklah mahal sangat tapi sesuai untuk korang yang tegar peminat durian. Rasa-rasa kalau korang terliur tengok gaya CIkza makan ni, cubalah dapatkan tau.

RAYSHA HOMEMADE 

Instagram Raysha Homemade | W/apps Raysha Homemade

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge