TONTON DRAMA SEGENAP TAKDIR EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3

TONTON DRAMA SEGENAP TAKDIR EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3 |  Drama Segenap Takdir merupakan kisah yang diadaptasikan daripada sebuah novel Segenap Takdir karya Tina Derika. Bersiaran sebanyak 15 episod terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd untuk pengetahuan korang semua telah pun mengisi slot Sakura TV3 mulai 24 April 2023 lepas, ditayangkan setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang atau korang boleh strim secara langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my

Drama Segenap Takdir diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan skrip oleh Rina Khan dan Sherry Khan nama yang tidak asing lagi,Yang menariknya drama ini dibintangi oleh pelakon popular tanah air seperti Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya, Nabil Aqil, Sharifah Shahora, Azizah Mahzan, Watie Sadali, Haleeda, Aqeesh Aleeya dan Saiful Wazien. Kalini Siti Khadijah memegang cabaran watak sebagai penyondol.

DRAMA SEGENAP TAKDIR EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3

  • Episod : 15
  • Waktu Siaran : Isnin-Khamis, 6:00 petang
  • Rangkaian Slot : Sakura TV3 / tonton
  • Penulis Skrip : Rina Khan & Sherry Khan
  • Pengarah : Eoon Shuhaini
  • Produksi : A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd
  • Para Pelakon :
    • Siti Khadijah Halim sebagai Haryani
    • Niezam Zaidi sebagai Azlan
    • Zara Zya sebagai Nadira
    • Nabil Aqil sebagai Faisal
    • Sharifah Shahora sebagai Maimun
    • Watie Sadali sebagai Salmi
    • Haleeda sebagai Asmah
    • Azizah Mahzan sebagai Nek Yah

SINOPSIS DRAMA SEGENAP TAKDIR EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3

Selepas bapa Haryani berkahwin dengan wanita lain, Haryani (Siti Khadijah Halim) sering memberontak dengan menyalahkan emaknya, Maimun (Sharifah Shahora) kerana membenarkan perkara itu berlaku sehingga bapanya tinggalkan mereka. Haryani tidak sedar bahawa dia telah termakan kata-kata neneknya, Nek Yah (Azizah Mahzan) yang masih berdendam dan menganggap keputusan Maimun berkahwin dengan Hazwan itu merupakan satu kesilapan.

Sikap Haryani yang sering menyusahkan dan melampau membuatkan Maimun mahu menghantar anaknya sambung belajar di satu kolej Islam di Kuala Lumpur dengan niat untuk membentuk Haryani ke arah yang lebih baik. Haryani mengamuk apabila dia menganggap keputusan emaknya itu sebagai langkah untuk mengusirnya keluar dari rumah. Namun, Nek Yah telah mengubah keputusan Haryani apabila dia telah diberitahu tentang keberadaan seorang lelaki kaya yang bernama Azlan yang juga tinggal di Kuala Lumpur.

Azlan (Niezam Zaidi) dan Nadira (Zara Zya) telah bertunang dan hanya menunggu detik untuk diijabkabulkan. Namun, kemunculan Haryani dalam hidup mereka membuatkan hubungan mereka berdua porak-peranda. Haryani yang menggilai Azlan berusaha menggoda dan merampas Azlan sehinggakan Azlan menggelar Haryani sebagai perempuan murahan. Hal ini turut membuatkan Nadira mula tercabar dengan kebiadaban Haryani. Dapatkah Azlan dan Nadira menepis segala dugaan yang mendatang disebabkan Haryani? Apakah takdir yang telah ditetapkan untuk Haryani?

DRAMA SEGENAP TAKDIR EPISOD 1-15 (AKHIR) TV3

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | EPISOD 14 | EPISOD 15 (AKHIR)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge