Tak Rugi Cuba Chargrill Chicken Chop Di Sangkar & Co Ampang

Tak Rugi Cuba Chargrill Chicken Chop Di Sangkar & Co Ampang | Lamanya Cikza tak buat review makanan. Tapi harini, Cikza nak jugak kongsi dengan korang semua port yang selalu Cikza dan suami lepak kalau nak makan western. Tanpa perlu ke restoran mewah atau hotel-hotel mewah. Kalau makanan barat hanya 2 menu sahaja yang Cikza sangat cerewet dari segi perform plate pada customer seperti Aglio Olio dan Chicken Grill.

Sebenarnya dah bermacam-macam kedai western yang sempat Cikza dan suami menyinggah. Cuma ada beberapa tempat tu, menepati citarasa kami berdua. Kadang kami berdua ni, tak kira sekalipun samada kedai tersebut mewah atau tidak. Tapi pilihan utama kami adalah yang penting sedap, puas dan persembahan menarik. Nak tahu kat mana,

Tak Rugi Cuba Chargrill Chicken Chop Di Sangkar & Co Ampang

Restoran kalini yang menepati citarasa kami berdua, terletak di Ampang sahaja. Tak jauh dari rumah kami. Kalau korang nak tahu, suami Cikza kalau bab makanan western memang sanggup lah berjalan jauh sampai ke Port Dickson. Walhal jarak ke sana memang jauh. Tapi tak sangka dalam banyak-banyak kami pernah cuba. Sangkar & Co memang sangat puas hati dan menepati citarasa kami suami isteri. Persembahan memang setanding dengan restoran-restoran mewah yang ada. Tak Rugi Cuba Chargrill Chicken Chop Di Sangkar & Co Ampang

Chargrill Chicken Chop Sangkar & Co punya persembahan sangat terbaik, dari rasa dan kepekatan kuah memang padu dan terasa. Jarang jumpa persembahan Chicken Grill yang ada potongan keledek dan sayuran peas kena dengan tekak. Isi ayam yang dibakar memang sangat juicy sangat sampai tak terkata apa-apa dah. Selalu kebanyakkan masakan western akan menggunakan kentang goreng, tapi kentang goreng kalini diganti dengan Wedges memang pada awal nampak janggal tapi disebabkan persembahan menu tu dah tutup semuanya. nampak lagi menarik. Kuah Blackpepper tu, pekat likat dan berasa memang padu.

Kentang Goreng dan Sos Istimewa, ni wajib korang cuba. Fries tu bila dah sejuk memang terasa ranggup, ditambah dengan sos pencicah yang katanya olahan sendiri buat kami selalu oder 2 set untuk sorang satu tau. Ada beberapa menu lain yang wajib korang boleh cuba, boleh rujuk gambar di bawah dan sumber semuanya dari carian google.

Cara nak kesana sangat mudah, Landmark utama Klinik Kesihatan Kg Pandan Luar atau waze sahaja Sangkar & Co. Keseluruhan semuanya sedap dan dan persembahan sangat terbaik. Tak rugi mencuba dan sangat disyorkan untuk korang cuba.

Sangkar & Co Ampang 

58, Lorong bersih 3, Taman Nirwana, Kampung Pandan Dalam, 68000 Kuala Lumpur, Selangor

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge