CREEM ARTISAN : PORT NGOPI DI CREEM ARTISAN AMPANG | Hujung minggu baru-baru ni, Cikza dan suami habiskan masa berdua sambil santai mengopi. Maklumlah dalam bulan September adalah bulan yang paling sibuk dan kata orang nak TTC pun dah tak sempat waktu tu. Masing-masing dengan tugasan 4 minggu ahad memang tidak melekat dekat rumah semua atas kekangan kerja.
Baru-baru ni, bila celik sahaja mata tu rupanya memang menyengih panjang sebab ahad kata orang baru dapat lurus kaki berdua katanya. terus pujuk suami, harini malas nak masak tapi nak mengopi santai sambil layan bakery. Pada awal dia ingat nak lepak Bakery Cottage. Tapi Cikza request nak ke Creem Artisan yang terletak di Ampang. Sebenarnya dah selalu lalu jalan situ tapi hajat hati tak sampai seru nak nyinggah. Jom tengok apa yang menarik dekat Creem Artisan ni.
CREEM ARTISAN : PORT NGOPI DI CREEM ARTISAN AMPANG
Sebenarnya ini bukan artikel sponsor atau artikel berbayar tapi ini cetusan hati dari penggemar tegar seorang pemakan seperti saya sendiri. Creem Artisan terletak di Ampang, bersebelahan dengan KPJ Ampang dan Ampang Point rasanya lokasi ini sangatlah strategik. Pertama kali melangkah masuk dekat cafe ni dah memang terasa terlalu santai dan tenang jiwa.
Kafe yang sangat santai, pekerja yang sangat peramah memang terbaik layanan dekat sini. Tapi kalau korang dah sampai kafe ni wajib cuba beberapa kek dan pastry yang ada disini. Cikza sendiri rambang mata dibuatnya. Tak tahu nak pilih kek yang berperisa apa, sebab semuanya sedap-sedap belaka.
Buat penggemar roti, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan sebabnya lah kan. Masa Cikza sampai tu, memang roti panas-panas baru keluar dari oven dan ada yang baru siap packing. Makna kata semuanya freshly from baked lah kan. Tapi meriah kafe ni dengan kek yang buat kita sendiri rasa nak semuanya.
MENU CREEM ARTISAN PILIHAN KAMI
Kalau dah sampai sini, wajib ambil 1 desert dan 1 side meal untuk perut. Suami pula teruja nak cuba semua hidangan tapi kami memilih 2 meal dan 1 desert termasuk 1 coffee Latte. Untuk pengetahuan korang, dengan setiap pembelian 1 slice cake akan dapat diskaun 50% untuk harga setiap menu air yang kita pilih. Tapi wajib ambil 1 slice cake tau.



Terlupa nak ambil gambar air, Tapi suami Cikza ni dia kurang sedikit nak minum air manis, jadi dia minta mineral water dan Cikza pula Iced Caramel Latte. Secara keseluruhan semua hidangan disini memang terbaik dan kena dengan selera kami suami isteri. Memang akan kembali lagi sebab nak cuba desert yang lain pula. Untuk pengetahuan korang semua, Creem Artisan ni ada 2 cawangan di sekitar lembah kelang tau.
Cawangan Creem Artisan Desert Bar Ampang
42, Jln Memanda 9,
Taman Dato Ahmad Razali,
Ampang, Selangor
Cawangan Creem Artisan Desert Bar Petaling Jaya
19 Jalan 17/45A
Seksyen 17, Petaling Jaya
46400, Malaysia