TONTON AKU TANPA CINTAMU EPISOD1-15 AKHIR SAMARINDA TV3 | Harini nak update drama baru untuk korang yang setia dengan blog Cikza. Tapi sebelum tu, korang puas hati tak ending drama “Biarkan Ia Pergi”. Cikza pada awalnya pun mula-mula ingat jalan ceritanya ni memang slow sangat. Tapi pertengahan jalan cerita, memang terasa nak menyumpah sahaja. Atlast rupanya puncanya adalah dari sahabat baik sendiri Farah.
Kita lupakan yang lama, kita buka lembaran baru pula. Agak lama kita tak lihat pelakon Zamarul Hisham berlakon drama, tapi Cikza dapat tahu, beliau berganding dengan Bella Astillah dalam drama Aku Tanpa Cintamu, alamak sesuai ke? Mana taknya Bella tu Nampak muka budak lagi sesuai atau tidak, korang kena menonton sendiri drama tersebut tau.
TONTON AKU TANPA CINTAMU EPISOD1-15 AKHIR SAMARINDA TV3
- Episod: 1-15 Episod
- Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis
- Rangkaian: Samarinda TV3
- Pengarah: Emi Suffian
- Produksi: Wira Nusa Production
- Pelakon: Zamarul Hisham, Bella Astillah, Jihaa Sham, Malek Mccrone, Mas Anizan, Eizlan Yusof, Shah Iskandar, Julia Farhana, Zarynn Min, Khaty Azian
SINOPSIS AKU TANPA CINTAMU EPISOD1-15 AKHIR SAMARINDA TV3
Ianya mengisahkan tentang Nuha seorang gadis yang pada mulanya periang dan membesar tanpa kasih sayang ibu bapa apabila mereka bekerja di luar negara. Pada suatu hari, Nuha ingin mencuba bekerja dan menceburi dalam bidang lakonan dan industri kreatif dan pada masa yang sama berkenalan dengan seorang pengarah tersohor iaitu Adam.
Kemudian, Nuha telah jatuh hati kepada Adam dan membuat keputusan untuk berkahwin dengannya walaupun sedar jarak umur mereka jauh berbeza. Pada awalnya ibu bapa Nuha tidak bersetuju, tetapi Nuha tetap dengan pendirian untuk berumah tangga bersama Ada. Mereka pun berkahwin.
Selepas berkahwin, sikap Adam yang panas baran, sentiasa fikir dia sahaja yang betul dan kuat cemburu akhirnya terkena tempias kepada isterinya, Nuha. Maka terjadilah beberapa siri penderaan fizikal dan emosi kepada Nuha sehingga sanggup mengembalikan semua wang dan hantaran pemberian Adam sebagai menebus talak. Walaupun pada ketika itu Nuha hamil yang mana tak sanggup untuk meneruskan perkahwinan mereka.
Berjayakah Nuha melepaskan dirinya?
Sumber : Aimanabdullah.com
[…] pada hari yang sama. Kiranya bagi yang tak sempat nak bukak TV tu, bolehlah strim melalui Iqiyi. Drama 28 episod terbitan A. Aida Production, diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Aniq Suhair dan […]