DRAMA LURUHNYA BUNGA CINTA EP1-20 (AKHIR) TV3 | Dekat sini ada tak peminat drama Korea Autumn In My Heart, alaaa yang kisah adik terpisah dengan abang kandung disebabkan kecuaian hospital. Tapi yang beza dalam drama ni, selalunya drama asal mak dia yang terlampau obsess dengan Eun suh kan. Tapi dalam drama adaptasi ni, kiranya bapa dia pula obsess kat anak perempuan angkat dia tu. Drama korea tu memang Cikza tak pernah miss selain Winter Sonata.

Drama Luruhnya Bunga Cinta merupakan adaptasi daripada drama Korea ‘Autumn In My Heart’ turut menampilkan pelakon Redza Rosli dan pendatang baru Tracie Sinidol sebagai pelakon utama. Terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Kini menghiasi slot Akasia TV3, bermula 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam atau strim di platform penstriman iQIYI bermula jam 8 malam.

DRAMA LURUHNYA BUNGA CINTA AKASIA TV3

  • Episod: 20
  • Waktu Siaran: Isnin – Jumaat, 7:00 malam
  • Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
  • Penulis Skrip: Hafiz Halim, Intan Zarina Mohd Yasin, Fara Bani
  • Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
  • Produksi: Global Station Sdn Bhd
  • Watak Pelakon
    • Redza Rosli sebagai Nuh
    • Tracie Sinidol sebagai Nuha
    • Laila Nasir sebagai Noriah
    • Eizlan Yusof sebagai Jamaludin
    • Zila Bakarin sebagai Adita
    • Dan ramai lagi pelakon yang ada

SINOPSIS LURUHNYA BUNGA CINTA

Drama berkisahkan takdir dua gadis yang tertukar sejak bayi dan perubahan mendadak dalam hidup mereka selepas masa silam tersebut terbongkar selepas beberapa tahun. Jamaludin dan Adita yang sedang menunggu kelahiran anak perempuan mereka, Aara (Auni Yusri) telah mengambil keputusan untuk melahirkan bayi di klinik tempatan di sebuah daerah kecil kerana hujan ribut yang melanda kawasan tersebut. Jalan utama ke laluan bandar besar telah terhalang oleh sebatang pokok besar yang tumbang.

Secara kebetulan, Noriah yang sedang sarat mengandung juga melahirkan anak perempuannya, Nuha (Tracie Sinidol) di tempat yang sama. Label tag nama ibu di katil bayi masing-masing telah terjatuh dan tersalah letak. Insiden ini menyebabkan Nuha dan Aara tertukar identiti mereka kemudiannya dibawa pulang oleh keluarga yang berasingan.

Selepas beberapa tahun, Nuha dan Aara belajar di sekolah yang sama. Nuha membesar dengan abangnya, Nuh (Redza Rosli) di rumah agam milk Jamaluddin dan Adita manakala Aara tinggal dengan abangnya, Anwar di rumah kos rendah milik Noriah. Nuha, seorang yang lemah lembut dan sangat disayangi oleh keluarganya. Aara pula terpaksa hidup dalam kemiskinan. Aara iri hati dengan kehidupan Nuha yang dicurahi dengan kasih sayang dan kemewahan.

Suatu hari, Nuha mengalami kecederaan teruk dan disahkan mengidap Talasemia. Hal tersebut menimbulkan kecurigaan Jamaludin kerana keluarga mereka tidak mempunyai rekod penyakit itu. Akhirnya, kebenaran yang mengejutkan terbongkar bahawa Aara dan Nuha telah tertukar secara tidak sengaja sewaktu bayi.

Aara yang telah lama membenci kehidupannya di kampung, mengambil inisiatif untuk tinggal di rumah mewah Jamaludin dan Adita, manakala Nuha secara sukar rela memulakan kehidupan baharunya di rumah kampung Noriah. Nuha terputus hubungan dengan Nuh apabila Jamaludin menerima tawaran kerja di luar negara dan satu keluarga telah berhijrah ke sana. Dapatkah mereka menempuh perubahan secara mendadak dalam kehidupan mereka ini? Apa yang akan terjadi kepada Nuha dan Aara?

DRAMA LURUHNYA BUNGA CINTA EP1-20 (AKHIR) TV3

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (Akhir)

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge