DRAMA

TONTON RAMPAS CINTAKU EPISOD 1-16 AKHIR TERBITAN IQIYI

TONTON RAMPAS CINTAKU EPISOD 1-16 AKHIR TERBITAN IQIYI | Lama Cikza tak update drama latest, sebab kalau update pun hanya yang terpilih sahaja, Tapi baru-baru ni, ternampak dekat TikTok ada drama terbaru keluaran iQiyi tau, Drama Rampas Cintaku yang bestnya ada Fasha Sandha. Tapi drama ni tidak ditayangkan di kaca televisyen tetapi melalui iQiyi sahaja. Wah! nampak gayanya, kita bakal beralih menonton semuanya di hujung jari sahaja tau. Dah tak perlu nak bekejar cepat semata nak layan drama, hanya perlukan telefon pintar sahaja.

Ada 2 pelakon kegemaran Cikza dalam tu, selain Fasha Sandha, ada pula Zarul Umbrella. Pelakon baru meningkat naik, Afieq Shazwan pun ada. Kalau yang tak kenal, Afieq ni merupakan pelakon kanak-kanak suatu ketika dahulu. Kalini di beri peluang berganding dengan pelakon berpengalaman. Nampak sangat, semakin hari semakin berusia, Pelakon budak-budak pun dah meningkat dewasa.

TONTON RAMPAS CINTAKU EPISOD 1-16 AKHIR TERBITAN IQIYI

  • Episod: 1-16
  • Waktu Siaran: Akan Datang
  • Rangkaian: iQiyi
  • Penulis Skrip: Rasheda Ghazali
  • Pengarah: Ejump Mohd
  • Produksi: MIG Productions
  • Pelakon: Afieq Shazwan, Fasha Sandha, Zarul Husin, Ady Mohammad, Erynn Abdullah, Aidil Aziz, Vicha Barbie

SINOPSIS DRAMA DRAMA RAMPAS CINTAKU TERBITAN IQIYI

Rizal, lelaki muda yang ingin berjaya tetapi terpaksa menanggung adiknya RINA dan ibu saudaranya, Mak Mgah Ila. Rizal didesak untuk bekerja siang dan malam semata mahu membayar hutang yang dipinjam. Desakan itu telah membuatkan Rizal mengikut kawan baiknya, Ashraf bekerja di sebuah kelab malam yang akhirnya menemukan Rizal dengan wanita kaya, Datin Safieya yang sedang kecewa atas kecurangan suaminya, Dato Jefri. Walaupun sudah berkahwin dengan Dato Jeffri, Datin Safieya menggoda Rizal dan menjanjikannya kehidupan mewah sekiranya sanggup menjadi teman lelakinya. Dengan jalan cerita berliku, Rampas Cintaku pasti membuatkan penonton berdebar dan tertanya-tanya apakah yang akan berlaku seterusnya.

TONTON RAMPAS CINTAKU EPISOD 1-16 AKHIR TERBITAN IQIYI

Teaser : Episod 1

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | EPisod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13  Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 (Akhir)

 

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge