DRAMA

TONTON SEKALI LAGI CINTA KEMBALI EPISOD1-28 AKHIR AKASIA TV3

TONTON SEKALI LAGI CINTA KEMBALI EPISOD1-28 AKHIR AKASIA TV3 | Drama akasia TV3 baru ni telah tamat dengan jayanya, tapi confirm ramai akan kata macam bosan je kan. Pada Cikza boleh lah kan. Tapi yang terbaru ni, confirm korang takkan bosan and makin tak sabar nak tunggu sebab apa kalini ada unsur-unsur komedi sedikit. Tapi kan kalau korang tengok muka pelakon utama tu ada iras-iras anak YDPA kan. Tengku Ahmad.

Drama Sekali lagi Cinta kini sebenarnya telah membuka tirai slot Akasia TV3. Kalini penampilan ‘Sekali Lagi Cinta Kembali’ karya Anna Milia akan mengisi slot Akasia , setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam di TV3 dan turut disiarkan melalui iQIYI pada hari yang sama. Kiranya bagi yang tak sempat nak bukak TV tu, bolehlah strim melalui Iqiyi.  Drama 28 episod terbitan A. Aida Production, diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Aniq Suhair dan Siti Khadijah sebagai pelakon utama.

TONTON SEKALI LAGI CINTA KEMBALI EPISOD1-28 AKHIR AKASIA TV3

  • Episod: 1-28
  • Waktu Siaran: Isnin hingga Khamis
  • Rangkaian: Akasia TV3/ IQIYI Malaysia
  • Pengarah: Riza Baharudin
  • Produksi: A. Aida Production
  • Pelakon:
    • Aniq Suhair sebagai Hayyat
    • Siti Khadijah Halim sebagai Aira
    • Zaki Azeman sebagai Zafran
    • Siti Hariesa sebagai Amirah
    • Fazlina Ahmad Daud sebagai Aida
    • Kismah Johar sebagai Neksom
    • Dan banyak lagi

SINOPSIS SEKALI LAGI CINTA KEMBALI EPISOD1-28 AKHIR AKASIA TV3

Aira (Siti Khadijah Halim) adalah seorang gadis yang lantang bersuara tanpa berfikir dahulu. Selepas melakukan kesilapan mengambil alih tugas kaunselor secara tiba-tiba sewaktu ketiadaan Doktor Halina di pusat kaunseling, Aira secara tidak sengaja telah mengeruhkan keadaan dan mengakibatkan Alisa (Izzendra) dan Zafran (Zaki Azeman) bercerai kerana nasihatnya. Oleh kerana Zafran terlalu marah, dia telah mendesak Aira untuk mengganti rugi keadaan itu dengan bekerja di rumahnya sebagai penjaga Nek Som yang pelupa dan mengidap penyakit jantung.

Sebaiknya bermula tugas menjaga Nek Som, adik kepada Zafran, Hayyat (Aniq Suhair) merasakan segala tindak tanduk Aira tidak kena di matanya. Namun, Aira tetap menjaga Nek Som dengan penuh kasih sayang. Kemuliaan hati Aira itu membuka mata Hayyat tanpa disedari, tetapi dek rahsia yang disimpan dia tekad tidak ingin membuka kunci hatinya kepada mana-mana perempuan.

Perasaan cinta mula berputik di hati Aira, dia yakin cinta Hayyat memang untuknya walaupun dia tidak menzahirkan perasaan cinta tersebut. Dapatkah Hayyat mengatasi kisah silamnya demi kasih kepada Aira? Apakah rahsia gelap Hayyat yang dirahsiakan dan membuatnya tekad untuk tidak bercinta lagi? Bolehkah Aira menerima kekurangan Hayyat dalam mencari bahagia mereka?

Sumber : Myinfotaip.com

TONTON SEKALI LAGI CINTA KEMBALI EPISOD1-28 AKHIR AKASIA TV3

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | EPisod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13  Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 | Episod 21 | Episod 22 | Episod 23 | Episod 24 | Episod 25 | Episod 26 | Episod 27 | Episod 28 (Akhir)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge