TONTON DRAMA SAAT KAU TAKLUK CINTA INI EPISOD 1 – 15 (AKHIR) |Drama terbaru TV3 Saat kau Takluk Cinta Ini bagi slot SAMARINDA yang juga menggantikan Drama hangat Cukup Derita Itu. Drama arahan Zamri Zakaria terbitan Kembara Sufi Sdn Bhd setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam, kini telah pun berjalan beberapa episod.Drama adaptasi novel ‘Saat Kau Takluk Cinta Ini’ karya Sara Hezra akan mengisi slot Samarinda TV3 bermula 20 Disember 2021. Menampilkan gandingan pelakon Idris Khan dan Intan Najuwa. Cikza tengok episod pertama pun dah mula tak sabar nak tengok episod seterusnya.

INFO DRAMA SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

  • Episod / Tayangan : 15 Episod
  • Tarikh Tayangan: 20 Disember 2021
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10.00 malam
  • Slot: Samarinda TV3
  • Penulis Novel: Sara Hezra
  • Penulis Skrip: Eja Lorena
  • Pengarah: Zamri Zakaria
  • Produksi: Kembara Sufi Sdn Bhd
  • Pelakon :
    • Idris Khan sebagai Rahhal Taufiq
    • Intan Najuwa sebagai Haira Melissa
    • Wafariena Roslan sebagai Kamelia
    • Shakilla Khoriri sebagai Khadijah
    • Syazwan Zulkifly sebagai Fakhril
    • Wan Maimunah sebagai Hajah Jamiah
    • Farhan Asri sebagai Rafael
    • Jasmin Hamid sebagai Datin Normah
    • Edika Yusof sebagai Dato Zhar
    • Aleza Shadan sebagai Mak Long Nisah
    • Dan ramai lagi pelakon yang ada

SINOPSIS DRAMA SAAT KAU TAKLUK CINTA INI

Mengisahkan Haira Melissa yang telah dibuang keluarganya apabila dituduh cuba merampas tunang kepada adik tirinya sendiri. Lalu dia membawa diri ke sebuah kampung untuk mencari kawannya tapi dia telah sesat dalam keadaan hujan yang lebat. Haira berteduh di sebuah pondok dalam kebun pisang. Dari situ, bermulalah pertemuan Haira dengan Rahhal. Rahhal pula seorang pemuda kampung yang berpelajaran tinggi berkelulusan luar negara. Rahhal telah mendapat tawaran kerja yang bagus di ibu negara, tetapi dia mengorbankan cita-citanya apabila ibunya, Hajah Damiah telah diserang strok. Rahhal telah membuat keputusan untuk menjaga ibunya dan menguruskan tanah kebun pisang dan kolam ikan milik keluarganya itu.

Rahhal dan ibunya, Hajah Damiah telah dihalau keluar dari rumah pusaka arwah Tok Wan Damit oleh Mak Long Nisah dan anaknya Fakhril yang sangat berdendam dengan Rahhal sejak dari kecil. Fakhril mempunyai niatnya tersendiri untuk menjatuhkan Rahhal. Haira tersentuh dengan keikhlasan Rahhal yang sering mengambil berat tentangnya. Apabila Rahhal melamarnya, Haira menerima tetapi dia sebenarnya mempunyai sebuah rahsia yang disimpan rapi. Adakah ia akan mengancam mahligai kebahagiaan yang dibina oleh Rahhal dan Haira? Sama-sama tengok sampai habis.

 

TONTON DRAMA SAAT KAU TAKLUK CINTA INI EPISOD 1 – 15 (AKHIR)

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | EPISOD 14 | EPISOD 15 (AKHIR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge