Tonton Drama Shakira Episod 1-28 (Akhir) TV3 | Fuh rupanya drama Kisah Cinta Kita sampai dah habis pun masih thrending lagi sehingga harini. Bukan apa Cikza tak selalu tengok drama tu. Tapi sesekali tertengok juga. Macam boleh layan juga drama ni. Bila dah episod akhir terkejut juga dah habis rupanya. Tapi pengganti drama baru katanya lagi hot sebab ada “Janna Nick” dan Shukri Yahya kalini. Rasanya boleh jadi “Hot Viral” dah drama ni. Tapi jangan lupa Tonton Drama Shakira Episod 1-28 (Akhir) TV3 sehingga tamat nak tahu hot ke tak hot.

INFO DRAMA SHAKIRASLOT AKASIA TV3 

  • Episod / Tayangan: 28 Episod
  • Tarikh Tayangan: 05 Januari 2022
  • Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 00malam
  • Slot: AkasiaTV3
  • Penulis Skrip: Zarihah Hassan & Zuraidah Ramli
  • Pengarah: Idora Abdul Rahman
  • Produksi: Wiranusa Corporation
  • Pelakon:
    • Janna Nick sebagai Shakira
    • Shukri Yahaya sebagai Amir
    • Khai Bahar sebagai Irdi
    • Nada Nursyuhada sebagai Hanisah
    • Marissa Yasmin sebagai Makcik Aida
    • Wan Raja sebagai Zakuan
    • Syerinie Myra sebagai Anita
    • Dan ramai lagi pelakon yang ada

 

SINOPSIS DRAMA SHAKIRA SLOT AKASIA TV3

Kehidupan Shakira (Janna Nick) dan Hanisah (Nada Nursyuhada) bukan mudah sejak dari kecil. Dua beradik yatim piatu menumpang teduh di rumah Makcik Aida (Marisa Yasmin), adik tiri arwah ibu mereka yang tamak, pentingkan diri sendiri dan sanggup buat apa saja demi mendapatkan harta peninggalan arwah ibu bapa mereka. Selepas Hanisah tamat pengajian dan baru mula bekerja, dia telah bercinta dengan Zakuan (Wan Raja). Walaupun hanya dua bulan berkenalan, Hanisah telah berkahwin dengan Zakuan atas rancangan Makcik Aida. Makcik Aida mempergunakan Zakuan yang juga anak saudaranya memujuk Hanisah menyerahkan duit simpanan yang sepatutnya diguna untuk biayai pengajian Shakira di universiti kepada Zakuan.

Apabila Shakira mendapat tahu duit itu telah dijadikan modal perniagaan Zakuan, dia mula menjadi buskers untuk membiayai yurannya. Zakuan terjerumus dengan kegiatan berjudi dan berhutang keliling pinggang. Sejak itu, Hanisah mula mengalami gangguan mental. Shakira terpaksa berhenti belajar dari kolej dan menjadi buskers sepenuh masa dengan kumpulan Busker Cinta Hati yang diketuai oleh Irdi (Khai Bahar). Satu hari, Shakira ditawarkan untuk menyanyi bersama-sama live band di sebuah resort baharu. Irdi menyokong keputusan Shakira. Dalam diam, Irdi menyukai Shakira tapi dia tidak mampu meluahkan isi hatinya. Irdi masih dibelunggui rasa bersalah atas kematian arwah isterinya.

Dalam diam, Shakira juga semakin rapat dengan Amir (Shukri Yahaya). Amir seorang lelaki yang nampak serius tetapi berubah menjadi ceria setelah berkenalan dengan Shakira. Dia bekerja sebagai seorang arkitek di syarikat sendiri. Empat tahun yang lalu, Amir patah hati setelah ditinggalkan oleh tunangnya, Anita. Pada mulanya, Amir tidak menyukai pemuzik jalanan kerana benci akan abang iparnya, Irdi. Demi Shakira, Amir mula mengubah pandangannya itu.

Tonton Drama Shakira Episod 1-28 (Akhir) TV3

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3 | EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 | EPISOD 14 | EPISOD 15 | EPISOD 16 | EPISOD 17 | EPISOD 18 | EPISOD 19 | EPISOD 20 | EPISOD 21 | EPISOD 22 | EPISOD 23 | EPISOD 24 | EPISOD 25 | EPISOD 26 | EPISOD 27 | EPISOD 28 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge