TONTON DRAMA TERLERAI NOKTAH EPISOD 1-9 (AKHIR) TV3 | Lamanya Cikza tak update pasal drama menarik khusus buat pembaca Cikza kan. Cuma ralit lah terkilan yang baru ni, link episod hanya sekerat sahaja. Tapi takpe harini Cikza nak juga update demi korang semua. Baru-baru ni tengok trailer Terlerai Noktah lakonan Nabila Huda, jalan cerita macam agak menarik untuk di tonton. Siaran slot Samarinda TV3 jam 10 malam. Kalau ada Nabila HUda tu memang best sangat jalan cerita tu.
First time tengok trailer ni, rasa tak sabar nak tengok Terlerai Noktah ni, cuma yang tak bestnya tiada pula dalam slot Iqiy tapi slot berbayar Disney Hotstar. Cikza akan usahakan untuk korang dapat menonton sampai habis episod tau. Stay tuned.
INFO DRAMA TERLERAI NOKTAH
- Drama : Terlerai Noktah
- Jumlah episod : 9
- Mula tayangan : 26 Ogos 2021
- Waktu siaran: Isnin-Jumaat, jam 10:00 malam
- Siaran TV : Slot Samarinda TV3 dan Disney+ Hotstar
- Pengarah : Amor Rizan
- Produksi : Padi Pictures Sdn Bhd
- Para Pelakon :
- Nabila Huda
- Aidil Aziz
- Watie Sadali
- Azhan Rani
- Atikah Suhaimie
- Raysha Rizrose
- Ainul Aishah Dan Ramai Lagi Yang Terlibat
SINOPSIS DRAMA TERLERAI NOKTAH
Zaira (Nabila Huda) terpisah dengan adiknya Hani (Ainul Aishah) sejak hilang 20 tahun yang lalu. Selepas 20 tahun kemudian, polis menjumpai Hani dalam keadaan terikat di sebelah bayi dan mayat suami Hani yang terbakar mukanya. Hani disahkan menghidapi Post-traumatic stress disorder (PTSD) dan Amnesia, malah terdapat satu nota yang meminta Hani di hantar ke hospital jiwa milik suami Zaira iaitu Dr Rudi ( Aidil Aziz).
Namun Hani tidak mengaku bahawa Zaira adalah kakak kandungnya. Kehadiran jururawat baru bernama Jasmine (Raysha Rizrose) pula menimbulkan ketidakpuasan hati pada ketua jururawat di situ iaitu Rania (Atikah Suhaimie) yang mempunyai rahsia yang disembunyikan. Rahsia besar apa yang di sembunyikan itu? Apakah penyebab adik dan kakak terpisah selama 20 tahun?