THE DUCHESS KITCHEN COOKIES KAYANGAN PALING SEDAP | Harini tergerak hati nak buat perkongsian bab makanan dekat korang tau. Bukan apa dari semalam rasa dah bersemangat berkobar-kobar nak kongsi dengan korang pasal cookies yang Cikza beli ni. Bayangkan nama dah cukup kayangan tapi rasa tu dah setanding dengan jenama cookies-cookies terkenal. Ini yang lagi bersemangat Cikza nak kongsi dengan korang.

Punyalah teruja dapat Cookies tu semalam, kisahnya Cikza dah repeat membali lebih dari 2 kali tau, sebab sedap dan kena dengan tekak. Cikza perasan ada dikalangan beberapa sahabat Cikza sendiri pernah rasa cookies dari The Duchess Kitchen. Kalau dulu beliau beroperasi dari rumah sahaja. Khabarnya sekarang dah ada kafe, tak sabar nak tunggu habis PKP. Whistlist birthday Cikza tempohari nak merasa cookies ni lah. Tapi disebabkan kondisi kesihatan terpaksa lah dilupakan.

THE DUCHESS KITCHEN COOKIES KAYANGAN PALING SEDAP

Pertama kali, Cikza order selepas melihat, Cookies tersebut mendapat perhatian Tun Mahathir dan isteri kalau tak silap. Start dari situ, Cikza selidik sampai jumpa. Dah jumpa terpaksa simpan hasrat hati lagi, maklumlah waktu tu duduk KL kalau delivery sekalipun agak mahal. Kali pertama beli kami kongsi caj-caj delivey so jadi murah sedikit.  Gigitan pertama Cookies The Duchess Kitchen dah boleh buat Cikza terduduk, dan terus jatuh cinta untuk mencuba lagi dan lagi. Tak puas rasanya makan sekotak tu, kena order lebih dari 2 kotak. Bukan apa asal terleka confirm mencari lagi.

5 SEBAB THE DUCHESS KITCHEN COOKES KAYANGAN PALING SEDAP

1 – Boleh Dinikmati Bersama Keluarga 

Ya! Bila kita ada rezeki lebih, beli lah Cookies The Duchess Kitchen ni, berkongsi dengan ahli keluarga, tak rugi mana pun. Sekali gigitan pun dah terpancar kebahagian di muka mereka terutama ibu dan ayah.

2 – Cookies Lembut Dan Chew Sangat

Memang gigitan pertama dah cair di mulut apatah kalau gigitan berkali-kali. Cookies ni lembut dan chew sangat bagi Cikza. Padat dan tak kedekut coklat tu. Ala-ala makan chipsmore lah tapi tak boleh lawan dengan The Duchess Kitchen Cookies memang best kalau dapat cicah dengan susu. Chew-chew dia tu kalau dapat masul mulut melting cair. Sebab yang tak reti menghayati, akan ingat cookies tu lemau. Tak puas betul makan sekeping.

3 – Rasanya Penuh Dengan Coklat

Kalau tengok ramuan, semuanya Coklat dari kayangan. Tapi Cookis ni memang kena dengan tekak Cikza sebab rasanya penuh dengan Coklat. Bagi penggemar Coklat seperti Cikza boleh lah dapatkan dan tak rugi untuk dapatkan pun. Manis Coklat tu dah rasa macam mengunyah Cadbury padahal cookies jer pun.

4 – Cookies Kayangan Tapi Harga Murah 

Yang ni, betul-betul berbaloi kalau membeli. Bayangkan harga gift sekotak pun RM 25/ 12 keping. Saiz pun sedang herlok sangat, Cikza berani katakan Cookies ni setanding dengan jenama terkenal yang ada di luar sana. Jangan tak tahu, ada pelbagai variasi lain tau. Selain kek dan coffee ala-ala starbucks tau. Sebab tu wajib ke kafe yang terletak di Sg Jelok Kajang.

5 – Sesuai Dijadikan Gift atau Hantaran

Tak payah nak fikir panjang, Cookies The Duchess Kitchen sangat berbaloi untuk dijadikan gift korporat atau untuk yang tersayang. Tak perlu nak pening-pening memikir. Yang nak kahwin tu, tak perlu susah-susah, The Duchess Kitchen ni memang berbaloi untuk dijadikan hantaran korang nanti. Cikza ni tinggal dah kahwin je, kena tunggu adik-adik punya turn.

THE DUCHESS KITCHEN DELIVERY BY LALAMOVE ATAU WALK – IN

Yang jauh boleh di pos, yang sekitar lembah klang boleh terus cari agen yang dilantik kerana semua penhantaran di lakukan oleh Lalamoves. Jangan risau caj delivery mahal sikit asalkan kita dapat merasa sambil membantu abang rider dalam cari rezeki sepanjang pandemik Covid-19 ni. Yang duduk berhampiran Bandar Kajang boleh terus terjah kafe The Duchess Kitchen detail semua ada di bawah.

The Duchess Kitchen 

10-1 (Ground Floor, Jalan Pusat Perniagaan 2, Pusat Perniagaan Sungai Jelok, 43000 Kajang, Selangor

No Telefon : 012-2620558

Facebook The Duchess Kitchen | Instagram The Duchess Kitchen 

20 thoughts on “THE DUCHESS KITCHEN COOKIES KAYANGAN PALING SEDAP”
  1. menariknya, cikza. coklat semua ni feveret aida sefamili.
    tq for sharing. sesape yg berdekatan, boleh la order online kan.
    sesekali makan manis dgn famili, apa salahnya 🙂 ketepikan diet tu ha ha ha ha…

  2. alahai,. sedapnya. bagi penggemar cookies, memang boleh cuba yang ni.
    harga tu kita tutup sebelah mata la ya, asalkan setanding dgn rasa sedap dan kualiti tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge