TONTON DRAMA BUDAK TEBING 2 EPISOD 1-13 (AKHIR) TV3

TONTON DRAMA BUDAK TEBING 2 EPISOD 1-13 (AKHIR) TV3 |  Slot Lestary kali ini membawakan sebuah drama, Budak Tebing 2 yang akan mula bersiaran pada 18 Jun 2021 di TV3. Drama baru ini menggantikan Kekasih Hati Mr. Bodyguard sebelum ini. Cepatnya masa berlalu Dengan rekod 10 juta penonton sepanjang 13 episod bersiaran dalam slot Lestary TV3 tahun lalu, Budak Tebing kini kembali dengan musim terbaharu.

Kita recap semula Budak Tebing Musim Pertama yang mengisahkan tentang Arif (Adam Lee) yang baru pulang dari menjalani hukuman di Henry Gurney atas kesilapan lampaunya. Dia merupakan anak yang bijak dan menjadi kesayangan ibunya Aida (Amyza Aznan), manakala adiknya Yoyol (Fariz Isqandar), menganggap Arif sebagai idola. Semasa kecil, dia dan rakan-rakannya banyak menghabiskan masa di sebuah tebing di kampung mereka sehingga mendapat gelaran ‘budak tebing’. Itulah gelaran Budak Tebing yang melekat sehingga harini. Rasa-rasa ada yang jual minyak tak dalam episod kalini.

KESINAMBUNGAN BUDAK TEBING 2 LEBIH BANYAK ISU SOSIAL YANG DIKETENGAHKAN

Budak Tebing 2 merupakan kesinambungan daripada drama Budak Tebing yang pernah disiarkan pada tahun lepas. Sehinggakan drama tersebut mendapat sambutan yang sangat baik daripada penonton. Cikza hanya sempat tengok beberapa episod sahaja. Tapi katanya Budak Tebing 2 kalini lebih banyak isu sosial yang akan diketengahkan.

  • Judul : Budak Tebing 2
  • Episod : 13
  • Tayangan : Slot Lestary TV3 & Iqiy
  • Pengarah : Feroz Kader
  • Produksi : Country Universal Sdn. Bhd.
  • Para Pelakon :
    • Adam Lee
    • Aedy Ashraf
    • Eyka Farhana
    • Bella Dowanna
    • Fariz Isqandar
    • Firdaus Ghufran
    • Fauzi Nawawi
    • Pablo Amirul
    • Syafie Naswip Dan Ramai Lagi

SINOPSIS BUDAK TEBING 2

Budak Tebing 2 merupakan kesinambungan drama Budak Tebing musim pertama yang berkisarkan kehidupan Tongki, Arif dan Talam selepas gagal ke Pulapol (Pusat Latihan Polis). Manakala Tongki perlu menjaga ayahnya sambil bekerja namun dia sering dikhianati. Sementara Arif pula terpaksa menghadapi kesulitan berhadapan dengan Yoyol yang enggan menerima kepulangan Afendi, ayah mereka yang muncul secara tiba-tiba. Selepas membatalkan hasrat ke London, Laura cuba mencari ibu kandungnya manakala Ira cuba membantu menyelesaikan masalah dua kanak-kanak gelandangan yang akhirnya membawa kepada pendedahan sindiket dan dendam terhadap Budak Tebing. Nak tahu ending, Jangan lupa tonton sampai tamat episod.

TONTON DRAMA BUDAK TEBING 2 EPISOD 1-13 (AKHIR) TV3

EPISOD 1 | EPISOD 2 | EPISOD 3| EPISOD 4 | EPISOD 5 | EPISOD 6 | EPISOD 7 | EPISOD 8 | EPISOD 9 | EPISOD 10 | EPISOD 11 | EPISOD 12 | EPISOD 13 (AKHIR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge