RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE AIR FRYER CONFIRM JADI | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Harini Cikza nak share RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE AIR FRYER CONFIRM JADI memang jadi. Sehinggakan kalau boleh hari-hari nak baking Basque Burnt Cheesecake, maklumlah guna Air Fryer senang dan cepat. Lagi pula senang jadi. Boleh repeat banyak kali. Yang bagusnya tak perlu guna mixer, oven dan pengukus, Cikza hanya guna blender sahaja dan juga Air Fryer.

Sekejap je dah siap. Tak perlu susah-susah, atau nak renyahkan diri. Nak dapatkan bahan pun senang, tak susah mana pun. Rata-rata ramai yang buat kek ni untuk raih pendapatan tau. Bahan yang digunakan premium bukan biasa-biasa tapi berjenama. Memang patut lah kalau kat pasaran harga kek ni mahal. Jadi bila dah dapat cara nak buat tu senang, kalau boleh hari-hari nak buat.

RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE AIRFRYER CONFIRM JADI

Bahan-Bahan : 

  • 250gm Cream Cheese Tartura
  • 200ml Whipping Cream (1 kotak)
  • 3 Biji Telur Gred A/B/C
  • 1/2 cawan gula halus
  • 2 Sudu Besar Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanilla ( Cikza guna Esen Rose)
  • Secubit garam

Cara Penyediaan :

  1. Masukkan Cream Cheese, Whipping Cream, Telur, Gula, Tepung Gandum, Esen Vanila dan secubit garam dalam blender, dan kisar sampai sebati dan gebu.
  2. Tuangkan adunan dalam loyang dan biarkan 3 minit.
  3. Masukkan loyang yang telah diisi adunan tadi dalam Air Fryer dan tetapkan suhu 180″ dengan anggaran masa 25 minit.
  4. Selepas 25 minit, keluarkan dan biarkan dalam 10 minit dan panaskan sekali lagi dalam Air Fryer dengan suhu 160″ selama 10 minit.
  5. Sejukkan semalaman dalam peti ais untuk dapatkan tekstur yang cantik.

Gambar Mengikut Turutan Penyediaan :

Ada yang rasa susah, atau pertama kali ingin mencuba, usah risau Cikza dah sediakan gambar mengikut langkah demi langkah untuk anda semua rujuk, menyenangkan tugasan anda nanti buat yang tak reti buat kek macam Cikza. Sejujurnya Cikza bukan reti sangat buat kek, inilah kek kedua yang jadi dari air tangan sendiri.

SELAMAT MENCUBA RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE AIRFRYER CONFIRM JADI

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge