(Online) Permohonan Lesen Sementara KL Prihatin DBKL

Permohonan Lesen Sementara KL Prihatin DBKL Kini Dalam Talian | Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, Perhatian buat mereka yang berada di Kuala Lumpur dan yang terkesan dengan Pandemik Covid-19. DBKL ( Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ) kini memberi kelonggaran kepada semua warga kota khususnya di Kuala Lumpur untuk memulakan perniagaan gerai secara kecil-kecilan di mana-mana sekitar KL bermula ahad ini.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa, beliau menjelaskan para peniaga hendaklah memohon lesen perniagaan sementara yang sah selama enam bulan di laman web DBKL, yang ditawarkan secara percuma. Alhamdulillah syukur dengar pengkhabaran ini. Sekurangnya ringan sedikit beban buat mereka. Beliau menjelaskan lagi, bermula Ahad 15 Nov ini, Kuala Lumpur akan menjadi wilayah bebas berniaga.

Permohonan Lesen Sementara KL Prihatin DBKL Kini Dalam Talian

Sesiapa yang ingin berniaga tidak kira sepenuh masa atau separuh masa boleh memilih tempat berniaga yang sesuai. Contohnya seperti depan rumah atau di tepi jalan kawasan perumahan. Cikza nak berniaga Laksa Johor lah kalau camtu. Rindunya nak berniaga macam dulu-dulu secara online, Cikza hanya berniaga setiap Sabtu dan Ahad sahaja.

Cara Nak Buat Permohonan Lesen Sementara KL Prihatin

Bagi permohonan secara manual, borang boleh di muat turn di laman web DBKL dan bagi permohonan di atas talian atau secara Online, boleh dilakukan bermula 15 November 2020. Rasanya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat ni. Rasanya permohonan lebih afdal di atas talian sahaja.

Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas.(Penglibatan warga asing adalah dilarang dan menjadi satu kesalahan)

Permohonan Secara Manual  Atau Dalam Talian (Online):

Contoh Borang Permohonan Lesen Sementara KL Prihatin – 1
Contoh Borang Permohonan Lesen Sementara KL Prihatin – 1

 

Permohonan dibuka mulai 15 November 2020 hingga 31 Mac 2021, Jadi kepada mereka yang terkesan atau yang ingin mulakan perniagaan sementara boleh terus buat permohonan seperti yang dinyatakan di atas. Waktu sekarang anak muda wajib mengambil peluang yang ada. Cuma Cikza sarankan baca Garis Panduan tersebut untuk lebih memahami. Sebab dalam garis panduan tu terkandung semua sekali rangkuman syarat dan tempat yang di bolehkan meniaga.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge