Diari TTC 01/2019 : Permulaan Makan Clomid Untuk Rancang Kehamilan

Alhamdulillah, Cikza dan suami tidak pernah berputus asa, untuk merancang punya zuriat seterusnya. Terkadang jauh di sudut hati, selalu bertanya dalam diri, kenapa lah orang yang tak nak zuriat buang merata-rata. Bagi lah dekat kita yang kepingin ada zuriat sendiri. Sedang Cikza menulis ni, sebenarnya baru sahaja selesai “trigger shot” Ovidrel. Sebenarnya setahun selepas TTC, Cikza masih meneruskan rawatan di HUKM. Cuma Kalini berlainan pusat, di Pusat Perubatan MAC HUKM.

5 Mac 2019 – On Clomiffen Untuk 5 Hari

Sumber : Google

Dibekalkan ubat clomiffen untuk di makan selama 5 hari, Yang pasti Clomiffen ni sebenarnya membantu untuk mematangkan telor yang ada dalam ovari kita. jugak. Disamping itu, waktu makan tu, perlu disiplin, tak boleh kurang atau lebih dari 30 minit yang ditetapkan. Tapi Cikza pilih waktu malam jam 9 untuk mulakan rutin selama 5 hari selepas makan.

Kesan selepas makan, Cikza berasa cepat mengantuk dari sebelumnya tau. Lepastu dalam frasa on clomid tu. Dalam frasa clomid, seeloknya amalkan pemakanan sunnah dan yang berkhasiat. Sebaikknya amalkan susu kambing Lazz memang terbaik. Bukan apa ramai yang tanya macamana nak mematangkan telor, sepanjang frasa tu, aku amalkan jus avocado je. sedap woo!

Kos Rawatan Di MAC, HUKM

  • Jumpa Doktor – RM 20.00 
  • Ubat Clomiffen – RM 12.00 

14 Mac 2019 – TVS Ovari ( Untuk Mencari Telor Yang Dah Matang ) 

Waktu tu ditemani husband, puas aku pujuk. Sebenarnya husband, takut jumpa doctor, maklumlah badan besar, takut kena tiaw pasal berat badan, dan pengamal setia rokok. Haritu memang ramai orang, mana taknya setiap kali aku pergi checkup, mesti sorang. Tengok yang lain semua datang dengan pasangan.

Alhamdulillah bila dah buat TVS ni, maka jumpa lah telor yang dah matang sebelah Kanan ( Bahagian ovari tiada tiub ) sebanyak 3 telor yang gemok-gemok katanya hahahaha! tapi sayang tiub dah pecah masa Kandungan Luar Rahim. Di sebelah Kiri ada 1 Telor Matang dan 1 Yang hampir matang. Jadi target adalah pada tarikh 16 -17 Mac 2019 telor tersebut dah matang. Jadi nurse akan bekalkan ubat Ovidrell untuk pecahkan telor tersebut.

Kos Rawatan Di MAC, HUKM 

  • Tvs Ovari – RM 50.00
  • Ovidrel 250mcg / 0.5ml – RM 87.45

16 Mac 2019 – Cucuk Ovidrel ( Untuk Pecahkan Telor ) 

Part ni, korang kena baca baik-baik, ini based pada pengalaman aku sendiri. Cucuk di perut ni sebagai contoh Cikza memilih 16/3 sebagai untuk memulakan ovidrel pada jam 10 pagi, maka dengan jayanya wajib bersama suami pada keesokkan harinya jam 10 malam. Waktu sehari selepas cucuk tu takkan rasa apa-apa, cuma selang 36 jam tu, kesan ubat mula bertindak seperti :-

  • Senak Perut Yang Teramat
  • Muntah
  • Sakit Kepala
  • PMS ( hari subur )
  • Makan tak lalu.
  • Ngantuk

Kalau di tempat omputeh dorang gelarkan “trigger shot” dan jangan terkejut tiba-tiba buat UPT boleh naik double line tau. Kesan dari ubat tu sebenarnya. Masa awal-awal terkejut jugak, tapi selepas 10 hari dari trigger shot tu baru boleh nampak samada bacaan darah beta HCg naik atau tidak.

Untuk memastikan ketepatan HPT anda mengikuti pukulan pemicu hCG, 
perhatikan garis panduan berikut: tunggu sekurang-kurangnya 14 hari 
selepas suntikan 10,000 IU, 10 hari selepas suntikan 5,000 IU, atau 
7 hari selepas suntikan 2,500 IU

25 Mac 2019 – Ambil Darah Beta HCG di MAC HUKM

Pagi ni dah gegas terus nak jadi orang pertama tau. Takut ramai orang, Bila nama di panggil dan tunjukkan surat rujukan, terus buat pembayaran di kaunter. Tujuan untuk mengambil darah kalini adalah untuk melihat persenyawaan berlaku atau tidak. Macam Cikza katakan, kalau didapati UPT double line, better kena tunggu 14 hari untuk confirmkan semula. Sebenarnya apa yang kita buat ni adalah usaha sama, selebih kita kena banyak serah pada allah, kerana dia maha mengetahui.

 

 

Kos Rawatan Di MAC HUKM

  • Ambil Darah  Beta HCG – RM 13.00

Setakat ini perkongsian Cikza berdebar sebenarnya nak tunggu 16 April 2019 untuk bertemu dengan Dr Faizal ( Anak Didik Prof Hashim ). Nanti Cikza kongsi lagi, samada ianya jadi atau tidak progress ni. Tunggu next #DiariTTC seterusnya tau. Tapi kalau korang dalam perancangan seeloknya better makan folic acid 3 bulan sebelum nak merancang tu lagi baik.

– TUNGGU NEXT ENTRY SETERUSNYA TAU! –