Lirik Lagu Jadikan Aku Yang Halal | Zulin Aziz & Iqa Nasra

Lagu yang dinanti-nanti, jika kita dengar bait-bait lirik tersebut, kita dapat terasa sehingga hati, sebab lirik ditulis berdasarkan pengalaman yang pernah dialami beliau. Aku Kagum dengan lagu beliau sebelum ni, memang menusuk sampai hati. Sekali aku dengar lagu baru beliau ni, memang sampai getar hati. Lirik yang sangat ikhlas dan mendalam maksudnya.

Sumber : Page Facebook Zulin Aziz

 

Jadikan Aku Yang Halal

( Zulin Aziz & Iqa Nasra )

Komposer: Zulin Aziz | Lirik: Zulin Aziz

Apa kau sedari apa kau mengerti

Sebab ku disini kau minta menanti

Apa pun terjadi walau tersakiti

Ya Allah sabarkanlah hati

 

Ku tak berhenti tak pernah berlari

Ku tetap disini cuba memahami

Apa pun terjadi kau dalam doaku

Ya Allah tunjuk kepadaku

Permudahkanlah jika dia milikku

Kau satukanlah sehingga jannahmu

Perkenankanlah segala doaku

Ya Allah ya tuhanku

(Video) Lirik Lagu Dan Ketika Itu | Zulin Aziz

Cikza dah dengar lagu ni, but i feel u Zulin Aziz bila orang yang tersayang pergi meninggalkan dengan orang lain. Cuma bermula dari tu, Cikza cuba bangkit, lalui hari-hari sukar beb! Siapa tak sedih 5 tahun kot bercinta tup-tup dapat tangkap pasangan sendiri Curang depan mata. Nak dikatakan Cikza cuma berkawan sahaja, walhal tengok wayang pun bertiga tapi bukan berdua seperti tertangkap dalam keadaan adoilah.

Start tu tanya diri sendiri bodohnya aku! Lepastu tak lama tu, kenal husband, semuanya selepas pulang dari Umrah. Waktu tu memang hati belum terbukak lagi. Almost 3 bulan jugak ada sekali tak bertegur. Nak dijadikan cerita, bila dapat tegur, terus ajak kahwin. Waktu tu, aku bercinta ke? tertanya jugak. Tapi Cikza terima jugak lamaran suami tau. Syukur alhamdulillah, sampai ke harini kehidupan sentiasa dihargai.

Lirik Lagu Dan Ketika Itu | Zulin Aziz

Artist : Zulin Aziz
Tajuk Lagu : Dan Ketika Itu
Album : Dan Ketika Itu – Single

Ketika itu aku mengadu
Ya Allah dengar rintihanku
Ketika itu aku merayu
Ya Allah kabulkan doaku
Aku pasrah dan aku berserah
Yang terbaik hanyalah darimu

Dalam Tahajudku aku mohon padamu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam Tahajudku aku pinta padamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu

Ya Allah ya tuhan ku
Yang maha mendengar
Semua dengan izinmu
Pohon keredhaan

Ketika itu hilang arahku
Ya Allah lindungilah aku…

Dalam Tahajudku aku mohon padamu
Temukan aku dengan jodohku
Dalam Tahajudku aku pinta padamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu
Tunjukkan jalanku ke syurgamu