RESEPI PHAD PET AYAM THAI | PEDAS SEDAP DAN MUDAH | Assalammualaikum semua harini Cikza nak berkongsi satu resepi berkaitan ayam. Iaitu Phad Pet Ayam yang pedas. Bagi penggemar lauk pauk pedas, resepi ini boleh dijadikan pilihan untuk seisi keluarga. Kisahnya pagi tadi, rasanya dah bosan asyik buat lauk yang sama. Sesekali suami minta ubah angin kepada lauk pauk simple tapi boleh bertambah nasi 3-4 senduk.
Phad Pet Ayam adalah salah satu hidangan autentik dari negara Thailand yang sangat digemari oleh mereka yang menyukai masakan pedas. Hidangan ini menggabungkan rasa pedas, masin, dan sedikit manis yang boleh membangkitkan selera. Bahan pun amat mudah didapati di pasaraya, tapi Cikza punya prinsip pakai bahan apa ada dalam peti ais tu. Dengan bahan-bahan yang mudah didapati, anda boleh menyediakan hidangan ini sendiri di rumah tanpa perlu ke restoran.
Phad Pet Ayam apa yang Cikza ketahui ianya bermaksud “ayam goreng pedas.” Hidangan ini kaya dengan rempah seperti cili, bawang putih, serai, dan lengkuas. Gabungan bahan ini menghasilkan rasa yang kompleks dan aromatik. Biasanya, ayam digunakan sebagai protein utama, tetapi hidangan ini juga boleh diubah suai dengan menggunakan daging lain seperti udang, daging lembu, atau tauhu bagi vegetarian.
Bahan-Bahan Utama
Untuk menyediakan Phad Pet Ayam, anda memerlukan bahan-bahan berikut:
- 1kg ayam (dihiris nipis atau dipotong kecil)
- 1 sudu besar sos ikan
- 1 sudu teh gula perang
- 2 sudu besar minyak masak
- Air Asam Jawa atau Air Limau Nipis
- Daun Limau Purut (dipotong pendek)
- Garam / Maggi Cukup Rasa
Bahan Kisar :
- 6 tangkai cili merah/Cili Hijau/Cili Padi (dikisar)
- 4 ulas bawang putih (dikisar)
- 2 biji bawang besar (dikisar)
- 1/2 inci Lengkuas
- 2 helai daun limau purut (dikisar)
- 1/2 Inci Kunyit Hidup
Langkah Penyediaan
Berikut adalah langkah mudah untuk menyediakan Phad Pet Ayam:
- Masak Ayam : Lumurkan ayam dengan garam & Kunyit dan Goreng ayam separuh masak
- Kisar Bahan Tumisan Sehingga Lumat : Menggunakan minyak gorengan ayam. Tumiskan serai dan bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak
- Masukkan Ayam : Setelah pecah minyak, masukkan ayam yang telah siap goreng dan gaul bagi sekata.
- Perisakan Hidangan: Tambahkan air asam jawa atau limau nipis, sos ikan, dan gula perang. Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan menyaluti ayam serta sayur dengan sempurna.
- Akhiri dengan Daun Limau Purut: Taburkan daun limau purut yang telah dihiris untuk menaikkan lagi aroma segar dan rasa tambahan. Masak selama satu minit lagi sebelum matikan api.
- (TAMBAHAN) Masukkan Sayur: Masukkan kacang panjang, cili merah, dan bawang besar (jika digunakan). Masak selama 2-3 minit sehingga sayur menjadi lembut tetapi masih rangup.
Phad Pet Ayam adalah hidangan yang memikat hati sesiapa sahaja yang mencubanya. Dengan rasa pedas yang menyegarkan, hidangan ini sempurna untuk makan tengah hari atau makan malam. Resipi ini mudah diikuti dan sesuai untuk dicuba oleh sesiapa sahaja.