RAWATAN SCULPTRA DI KLINIK DR. BAZILAH ALTERNATIF UNTUK KULIT MUDA |
Dalam memasuki frasa 40an ni, kulit Cikza semakin menua dan kusam. Terdapat pori-pori luas terbuka, lepastu kadang tu berasa tak yakin bila berhadapan dengan orang ramai. Impian setiap wanita, tidak lari inginkan kulit yang sihat, kulit anjal, dan berseri keyakinan berhadapan dengan orang ramai.
Dalam dunia kecantikan yang semakin berkembang, terdapat pelbagai inovasi yang dicipta untuk menentang tanda-tanda penuaan. Salah satu inovasi terkini yang sedang mendapat perhatian adalah Sculptra. Rawatan ini semakin popular kerana keupayaannya untuk membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus, menjadikan kulit kelihatan lebih tegang, halus, dan muda. Yang terdapat di Klinik Dr Bazilah.
RAWATAN SCULPTRA MEMBANTU UNTUK DAPATKAN KULIT YANG ANJAL DAN TEGANG
Sculptra adalah rawatan estetik yang menggunakan suntikan untuk merangsang pengeluaran kolagen semula jadi dalam kulit. Rawatan ini bertujuan untuk mengembalikan volume wajah yang hilang akibat penuaan, memperbaiki tekstur kulit, dan mengurangkan penampilan garis halus serta kedutan. Rasanya amat berbaloi jika, wanita yang mementingkan kecantikan, dan penjagaan kulit sepanjang masa.
Pentingnya penjagaan kulit bukan hanya terhad kepada wanita bahkan lelaki juga kini semakin menyedari pentingnya menjaga kesihatan kulit mereka. Umum diketahui penjagaan kulit ini tidak berfokus kepada penjagaan pemakanan semata-mata, namun kulit juga perlu dibelai manja.
APA ITU POLY-L-LACTIC ACID (PLLA)
Poly-L-lactic acid (PLLA), iaitu sejenis bahan biokompatibel dan biodegradable (mesra dengan tubuh dan akan terurai dengan selamat). Bahan ini merangsang tubuh untuk menghasilkan kolagen baru, iaitu protein yang penting untuk mengekalkan keanjalan, kekuatan, dan keteguhan kulit.
Bahan yang digunakan terkenal dalam perawatan wajah dengan Sculptra, yang digunakan untuk mengurangkan kedutan danmeningkatkan keanjalan kulit. Berikut adalah beberapa cara bagaimana PLLA digunakan dalam estetika:
- MERANGSANG PENGELUARAN KOLAGEN – PLLA bertindak sebagai bahan perangsang kolagen yang kuat dalam kulit. Apabila disuntik ke dalam lapisan kulit, ia membantu dalam merangsang sel-sel untuk menghasilkan kolagen baru, yang membantu memulihkan struktur dan keanjalan kulit.
- MENGEMBALI KEANJALAN WAJAH – Mengembalikan keanjalan wajah adalah salah satu aspek penting dalam menjaga penampilan muda dan segar. Keanjalan kulit biasanya berkurangan seiring dengan usia akibat penurunan pengeluaran kolagen, elastin, dan asid hyaluronik dalam kulit.
SIAPAKAH YANG MEMERLUKAN RAWATAN SCULPTRA
- INDIVIDU YANG KINI MENGALAMI PENUAAN – Sculptra dapat membantu mereka yang mempunyai kedutan, garis halus, dan tanda penuaan lain di wajah. Wanita dan lelaki yang melihat kehilangan volume pada pipi, dagu, atau bahagian wajah lain akibat penuaan boleh mendapat manfaat daripada rawatan ini.
- INDIVIDU YANG KINI KEHILANGAN ANJAL KULIT – Mereka yang mengalami kulit yang kendur akibat faktor seperti penuaan, genetik, atau gaya hidup (seperti merokok dan pendedahan berlebihan kepada matahari) boleh mendapat manfaat daripada rawatan Sculptra.
- INDIVIDU YANG INGINKAN PERAWATAN KULIT JANGKAMASA PANJANG – Individu yang menginginkan rawatan yang memberikan hasil yang tahan lama dan tidak perlu sering melakukan rawatan semula.
RAWATAN SCUPLTRA DI KLINIK DR BAZILAH
Kepada mereka yang ingin membuat rawatan lanjut seperti sculptra ni, Klini Dr Bazilah adalah sangat direkomenkan, Rawatan ini membantu dalam mengubah, memperbaiki, atau mengekalkan penampilan melalui pelbagai teknik dan prosedur yang mungkin bersifat invasif atau tidak invasif.
Sedikit info berkaitan, Klinik Dr Bazilah adalah Klinik estetik yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan mempunyai beberapa cawangan seperti di Bandar Baru Bangi, Damansara, Shah Alam dan Kuala Lumpur. Dan dalam carian google rata-rata meninggalkan komen yang terbaik dan rating yang terdapat dalam carian mereka sangat menyukai dan mengeyorkan untuk membuat rawatan di klinik tersebut.
Kalau anda semua ada sebarang pertanyaan dan berminat untuk mendapatkan rawatan serta khidmat nasihat, boleh dapatkan maklumat di laman sosial media mereka dan boleh hubungi sendiri Klinik Dr. Bazilah seperti dibawah:
Whatsapp Kami Sekarang: wa.me/60196571563
Temujanji: ttp:temujanjidrbazilah.wasap.my
Website: www.klinikdrbazilah.com
Facebook: klinikdrbazilah
Instagram: @klinikdrbazilah
TikTok: @klinikdrbazilah
Cawangan Klinik Dr. Bazilah
- Klinik Dr Bazilah, Bangi
C-10-G, Plaza Paragon Point, Jalan Medan, Pusat Bandar 5, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, 43650, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-8922 9681 / 011 – 1590 5931
- Klinik Dr Bazilah, Shah Alam
R-02-01, Emira, Jalan Akuatik A13/64A, Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-5035 7359
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam
- Klinik Dr Bazilah Kuala Lumpur
Klinik Kulit / Aesthetic / Rambut / Jerawat / Jeragat)
Unit A1-10, Level 1, Puncak Sentul, 8, Jalan Sentul Pasar, 51000, Kuala Lumpur
Tel: 013 – 817 7005
Website : https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-kuala-lumpur
- Klinik Dr Bazilah Damansara
R01-05, EMPORIS, Persiaran Surian, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
Tel: 03-76613950
Website: https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-damansara