TONTON DRAMA AKU YANG KAU SAKITI EP 1-20 (AKHIR) TV3

TONTON DRAMA AKU YANG KAU SAKITI EP 1-20 (AKHIR) TV3 | Baru beberapa episode layan drama ni pun agak menarik juga jalan ceritanya Drama Aku Yang Kau Sakiti, sebab ada zamarul hisyam tau. Ai is memang peminat abang zamarul since lepas drama dia berlakon dengan Bella Astillah tu. Tapi serentak dengan drama TV3 jam 7 malam pun tidak kurang hebat, Tentang Hati Dia.

Drama bersiri Aku Yang Kau Sakiti’ kini  menemui penonton menerusi slot Samarinda TV3, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 10.00 malam dan turut disiarkan melalui perkhidmatan penstriman iQiyi. Korang yang ada akaun iQiyi tu sila lah menonton terus, mana yang belom ada tu boleh langgan terus.

TONTON DRAMA AKU YANG KAU SAKITI SAMARINDA TV3

  • Episod:20
  • Waktu Siaran:Isnin – Khams, 10:00 malam
  • Rangkaian:Samarinda TV3 / iQIYI
  • Penulis Skrip:Farhana Fauri
  • Pengarah:Riza Baharudin
  • Produksi:Saphire Screen Sdn Bhd
  • Watak Pelakon
    • Rita Nadira sebagai Amanda
    • Redza Rosli sebagai Rykal
    • Zamarul Hisham sebagai Tuan Zaki
    • Fify Azmi sebagai Bella
    • Aleza Shadan sebagai Puan Mazwin
    • Jasmin Hamid sebagai Mak Su
    • Iman Suhana sebagai Sara
    • Syazwan Zulkifly sebagai Faris

Sinopsis Aku Yang Kau Sakiti Samarinda TV3

Mengisahkan tentang Amanda (Rita Nadira) merupakan seorang anak yatim selepas kehilangan bapanya, Tuan Danial yang dibunuh kerana berhutang dengan sindiket pinjaman wang. Sejak kejadian itu, Amanda menetap di rumah peninggalan bapanya dengan ibu saudaranya, Mak Su (Jasmin Hamid) dan sepupunya, Sara (Iman Suhana) yang bersifat materialistik dan sering meminta wang daripada Amanda. Amanda juga dijaga oleh keluarga Tuan Zaki (Zamarul Hisham) yang merupakan bapa kepada rakan baiknya, Bella (Fify Azmi). Tuan Zaki rasa bersyukur dan terhutang budi dengan sahabat baiknya iaitu bapa Amanda dan sekaligus telah menganggap Amanda sebagai anaknya sendiri.

Rykal (Redza Rosli) setia berada di sisi Amanda sepanjang dia di dalam kesusahan dan berhasrat untuk melamar Amanda sebaik sahaja dia menamatkan pelajarannya di universiti. Namun, Amanda menolak lamaran tersebut dengan alasan masih tidak bersedia untuk berkahwin. Pada Amanda, dia ingin mengatasi trauma kehidupannya dan mencari kebahagiaan seperti rakan-rakannya yang lain.

Apabila mereka mencecah 20 tahun, Amanda bekerja di syarikat Tuan Zaki sebagai pembantu Bella. Amanda cemburu dengan kehidupan Bella yang sempurna. Ternyata, Amanda menyimpan dendam terhadap keluarga Bella.

Dia mahu menggulingkan Tuan Zaki kerana ayahnya pernah bekerja dengannya dan apabila perniagaan Tuan Zaki hampir muflis, Tuan Zaki meminta ayah Amanda meminjam dari Ahlong, sehingga Ahlong mengejar dan membunuh ayahnya kerana tidak dapat melangsaikan hutang.

Namun, Rykal (Redza Rosli) yang menyayangi Amanda, sentiasa sabar memberi nasihat kepadanya membuatkan Amanda kesal. Dapatkah Amanda membalas dendam kesumat terhadap ayahnya kepada Tuan Zaki? Atau kehadiran Rykal bakal mengubah persepsi Amanda dan perasaan ini akan mekar menjadi cinta?

TONTON DRAMA AKU YANG KAU SAKITI EP 1-20 (AKHIR) TV3

Episod 1 | Episod 2 | Episod 3 | Episod 4 | Episod 5 | Episod 6 | Episod 7 | Episod 8 | Episod 9 | Episod 10 | Episod 11 | Episod 12 | Episod 13 | Episod 14 | Episod 15 | Episod 16 | Episod 17 | Episod 18 | Episod 19 | Episod 20 (AKHIR)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge