SIMPTOM INFLUENZA BERBAHAYA TETAPI RAMAI YANG ALPA

SIMPTOM INFLUENZA BERBAHAYA TETAPI RAMAI YANG ALPA |  Bertemu kembali. Tapi harini Cikza nak buat perkongsian kesihatan, seperti sedia maklum, kebelakangan ni, wabak Simptom Influenza kembali berleluasa. Kalau korang nak tahu, ianya sangat berisiko untuk golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit kronik.

INFLUENZA PENYAKIT BERJANGKIT?

Ya! Penyakit Influenza adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Selain itu juga ianya merupakan penyakit respiratori atau pernafasan yang boleh berjangkit berpunca daripada pelbagai jenis virus influenza.Seperti sedia maklum, macam yang diberitahu ianya sangat berisiko untuk golongan warga emas, kanak-kanak dan mereka yang berpenyakit kronik.

BAGAIMANA SIMPTOM INFLUENZA INI DISEBARKAN?

Umum ramai yang tidak mengetahui, cara penyebaran Simptom Influenza yang kini sedang berleluasa. Tapi ibu-ibu dan mak-mak wajib ambil tahu terutamanya,  Cara jangkitan utama, adalah melalui udara. Jika titisan air liur ini disedut orang lain , atau terkena ke permukaan meja dan disentuh orang lain, ia juga boleh merebak melalui sentuhan langsung ini.

Simptom influenza sering disamakan dengan simptom selsema biasa kerana kedua-duanya berkongsi tanda-tanda yang lebih kurang sama. Gejala influenza datang secara tiba-tiba, berkemungkinan bertahan lebih lama, dan boleh menjadi lebih teruk sehingga mengancam nyawa. Bagi kes influenza yang teruk, ia boleh membawa kepada komplikasi lain contohnya pneumonia (radang paru-paru).

PERBEZAAN INFLUENZA A,B DAN C

  1. Influenza A :  sebenarnya boleh menjangkiti manusia dan termasuk juga haiwan. Ianya boleh mengalami mutasi (perubahan genetik) dan menghasilkan virus influenza jenis baharu yang lebih berbahaya. Ia boleh mencetuskan kejadian epidemik dan pandemik influenza. Terdapat pelbagai jenis seperti H1N1 dan sebagainya – Sumber Mysumber
  2. Influenza B : hanya boleh menjangkiti manusia sahaja. Ianya mengakibatkan reaksi yang kurang parah berbanding jenis A tetapi masih dianggap berbahaya namun tidak boleh menyebabkan pandemic – Sumber Mysumber
  3. Influenza C : juga boleh dijangkiti pada manusia sahaja. Ianya tidak menyebabkan seseorang sakit teruk dan juga tidak boleh mengakibatkan epidemic – Sumber MySumber

JOM KENALI SIMPTOM INFLUENZA

Pesakit influenza mungkin mengalami mana-mana gejala berikut:

  • Demam
  • Menggigil
  • Batuk kering
  • Hidung berair
  • Sakit tekak
  • Sakit badan atau otot
  • Sakit kepala
  • Kelesuan atau keletihan
  • Ketidakselesaan di bahagian dada
  • Muntah-muntah dan cirit birit (kebiasaannya dialami oleh kanak-kanak.

Seandainya anak-anak atau korang sendiri mengalami Simptom Influenza seperti di atas, segeralah berjumpa doktor, di Klinik kesihatan berhampiran, atau mereka yang bergolongan risiko tinggi boleh terus ke hospital berhampiran untuk rujukan pakar.

GOLONGAN YANG BERISIKO TINGGI TERDEDAH KEPADA INFLUENZA

Terdapat sesetengah golongan yang lebih mudah terdedah kepada virus influenza. Cuma golongan ini perlu dipantau dan diberi perhatian untuk mengelakkan simptom mereka daripada melarat.

  • Warga emas yang berumur 65 tahun dan ke atas.
  • Kanak-kanak terutamanya berumur bawah 5 tahun.
  • Wanita hamil.
  • Pesakit penyakit kronik (seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, lelah, penyakit jantung atau paru-paru)
  • Individu imunokompromi iaitu mempunyai Autoimmun SLE yang lemah (seperti pesakit kanser dan AIDS)
  • Penjaga untuk kumpulan berisiko tinggi seperti pengasuh, ibu bapa, penjaga profesional, serta pekerja penjagaan kesihatan.

RAWATAN BAGI SIMPTOM INFLUENZA

Jika kesemua Simptom Influenza ini ada pada diri korang, Rawatan awal dalam tempoh 48 jam pertama sangat penting, ini kerana sebarang jangkitan awal berupaya melawan penyakit dan mengurangkan gejala, malah boleh pulih lebih awal. Terdapat rawatan berkesan bagi merawat influenza, yang mana salah satu daripada pilihan rawatan adalah menggunakan ubat anti-viral dan rawatan lain mengikut gejala dialami pesakit.

Bila POSITIF INFLEUNZA, Rawatan segera amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit ini berlarutan. Ujian calitan tekak atau hidung boleh memberi keputusan sama ada pesakit mengidap flu atau tidak. Sementara menunggu hasil ujian, korang patut di kuarantin supaya tidak merebakkan virus kepada ahli keluarga lain manakala jika ujian didapati positif, perkara penting adalah terus diisolasi dan jika gejala teruk, perlu dirujuk ke hospital untuk kemasukan ke wad.

CARA PENCEGAHAN INFLUENZA

Adalah dinasihatkan untuk mendapatkan suntikan vaksin influenza sekali setiap tahun terutamanya golongan yang berisiko tinggi. Seandainya jika anda telah di vaksin sekalipun, ianya  tidak berupaya untuk memberi perlindungan yang penuh untuk menentang virus influenza, tetapi ia masih mampu untuk mengurangkan risiko.

Kerap Membasuh Tangan

Bagi mengelakkan virus Influenza berada di permukaan sekeliling anda, praktikkan amalan mencuci tangan dengan bersih menggunakan sabun, lebih-lebih lagi selepas

  • Menggunakan tandas
  • Menyentuh sebarang objek atau permukaan Botol atau semburan sanitizer juga boleh diletakkan dalam beg agar mudah untuk memastikan kedua-dua tangan anda sentiasa bebas daripada kuman.
  • Batuk dan bersin

Ibu-ibu atau bapa wajarlah mengajar anak-anak tentang kebersihan dan penjagaan diri. Ini dapat membantu mengelakkan sebarang penyakit yang berjangkit menular kepada anak-anak kita.

Sumber KKM
  • Elakkan Bersin Dan Batuk Secara Terbuka

Sebaik-baiknya anda menutup mulut dan hidung apabila bersin dan batuk supaya titisan tidak merebak jauh kepada individu lain.  Selain daripada menggunakan tisu, pelitup muka 3 lapis (3 ply) dibeli daripada mana-mana farmasi juga digalakkan untuk mengurangkan sebaran titisan.

Paling penting setelah penggunaan Tisu, sapu tangan, dan pelitup muka yang telah digunakan hendaklah dibuang dengan cara yang betul, ke dalam tong sampah yang bertutup.

  • Asingkan Diri Daripada Orang Ramai

Virus influenza boleh cepat merebak apabila berada di tempat yang sesak dengan orang ramai disebabkan jarak dekat dengan individu lain.  Elakkan juga daripada tempat-tempat tertutup tanpa pengudaraan yang baik, di mana virus influenza boleh terperangkap dan memudahkan jangkitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge