Rawat Kanser Dan Ikhtiar Kehamilan, Banyak Khasiat Delima

Rawat Kanser Dan Ikhtiar Kehamilan, Banyak Khasiat Delima| Lama rasanya Cikza tidak keudara, tapi harini seakan dah berazam nak kongsi cerita yang murni-murni sahaja. Dan perbanyakkan perkongsia serta tips-tips berkaitan kesihatan. Sebut pasal delima rasanya ramai pembaca blog Cikza ni terdiri dari mereka yang gemar makan buah-buahan. Kalau korang nak tahu, Buah Delima ni antara paling banyak khasiat yang tak disangka-sangka dan salah satunya, dapat mengawal sel barah dari peringkat awal. selain dari ikhtiar kehamilan.

Buah Delima juga, dianggap makanan sunnah yang berwarna merah dan manis. Kebanyakkannya buah delima ni selalu kita akan perdengarkan untuk mereka yang sedang merancang kehamilan. Macam Cikza dan arwah mama memang kami berdua ni adalah penggemar tegar buah delima. Kalau terasa nak minum jus segar tanpa campuran air. Cikza selalu akan borong di Aeon Maluri.

Rawat Kanser Dan Ikhtiar Kehamilan, Banyaknya Khasiat Delima

Berikut dikongsikan 10 (Sepuluh)  Khasiat Buah Delima yang ramai tidak tahu dan salah satunya, akan membuatkan kita sendiri tidak jangka.

  • Sebiji buah delima mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Begitu juga dengan jusnya. Ia dapat menolong membuang toksin di dalam badan, dan mengurangkan kerengsaan kulit. (radang kulit)
  • Khasiat Jus daripada sebiji buah delima mempunyai kandungan vitamin C cukup untuk melengkapi 40% daripada keperluan harian Ini benar bagi jus delima yang segar dan bukan yang telah diproses.
  • Kajian terbaru menunjukkan kaitan antara jus buah delima dengan pencegahan kepada kanser. Hasil kajian terkini masih berada pada tahap permulaan, tetapi ia menunjukkan temuan yang positif. ( Sumber : National Library Medicine
  • Buah Delima juga boleh membantu mengurangkan risiko penyakit Alzheimer. Hal ini berikutan kandungan antioksidanya yang tinggi.
  • Jus buah delima dapat mengurangkan kerengsaan di bahagian perut dan secara tidak langsung dapat melawaskan pencernaan manusia. Tetapi para doktor menasihatkan supaya elakkan daripada meminumnya ketika anda mengalami cirit-birit.
  • Kajian-kajian kecil menunjukkan jus buah delima dapat memperbaiki peredaran darah dalam badan dan ini mungkin dapat mengurangkan risiko serangan jantung.
  • Bagi pesakit Autoimmune sangat digalakkan kerana, selain menguatkan ia juga membantu membina system pertahanan badan dan dapat menstabilkan hormon wanita.
  • Paling penting, khususnya Buah Delima ini juga dapat mengurangkan kolestrol dalam darah dan menstabilkan tekanan tinggi.
  • Ibu hamil sangat digalakkan amalkan jus/pati delima kerana ianya dapat membantu mengurangkan alahan kehamilan, selain ianya sangat bagus untuk ikhtiar kehamilan.
  • Bagi mereka yang meniti usia kea rah menopous, sangat digalakkan dalam menstabilan hormon wanita dalaman.

Selain Jus Delima Asli, Pati Delima Gulsan Juga Mempunyai Khasiat Yang Sama Seperti Sebiji Buah Delima

Kebiasaan Cikza kalau tidak membeli buah atau jus. Sebagai ganti Cikza akan amalkan Pati Delima Gulsan yang kini tengah hangat diperkatakan. Sebenarnya, 6 tahun lepas, masa awal-awal kahwin dulu. Tahun 2017 Cikza mengamalkan Pati Delima Gulsan untuk ikhtiar kehamilan. ALhamdulillah, dapatlah merasa awalan kehamilan, alahan walau sekejap. Sebab keguguran awal kehamilan dan kandungan luar rahim.

Bagi ibu hamil sangat digalakkan ambil pati untuk mengurangkan alahan dan bagi mereka yang sedang merancang kehamilan juga sangat digalakkan untuk mengambil Pati Delima Gulsan ni. Selain dibancuh dengan air, korang juga boleh amalkan makan 2 sudu sebelah pagi dan malam sebelum tidur. Yang tengah merancang tu, elok sangat ianya diamalkan suami dan isteri sekali. Insha allah didoakan kalian dikurniakan zuriat sebagai penyeri keluarga. Doakan Cikza juga ya.

 

 

2 thoughts on “Rawat Kanser Dan Ikhtiar Kehamilan, Banyak Khasiat Delima”
  1. Sebiji buah delima mempunyai kandungan antioksida yang tinggi. Begitu juga dengan jusnya. Ia dapat menolong membuang toksin di dalam badan, dan mengurangkan kerengsaan kulit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge