Penyakit TIBI, Dapatkan Pengesahan Awal Sebelum Terlambat | Baru-baru ni, Cikza batuk hampir 2 minggu. Lama jugak tau. Pada awalnya memang takut juga, sebab Pesakit Autoimmune SLE ni macam-macam penyakit boleh datang lagi. Nama pun kekurangan Antibodi Dalam Badan. Salah satunya risau terkena Penyakit TIBI.
Penyakit Tuberculosis (Tibi) merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sejenis kuman Mycobacterium Tuberculosis. Penyakit ini dapat disebarkan melalui udara yang boleh berjangkit dengan sesiapa sahaja yang terdedah kepada kuman ini. Tetapi jika ianya tidak dikawal atau di cegah ia boleh membawa maut sekiranya tidak mendapat rawatan sempurna.
Penyakit TIBI, Dapatkan Pengesahan Awal Sebelum Terlambat
Seperti pernyataan diatas penyakit ini mampu menyerang bahagian badan yang lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar, buah pinggang, kulit dan usus. Selalu kita nampak luaran sahaja kan. Hanya dengan batuk sahaja pun boleh mampu menyerang dalaman juga. Memang terkejut juga. Langkah pencegahan awal sangat-sangat diperlukan melalui Tanda Dan Gejala awal Penyakit TIBI.
- Batuk Beterusan Lebih Dari 2 Minggu
- Mempunyai Kahak Yang Mengandungi Darah
- Demam dan Berpeluh di Waktu Petang Dan Malam
- Sakit Dada kerap semasa Batuk atau Menarik Nafas Panjang
- Berat Badan Susut dan Hilang Selera Makan
- Keletihan Yang Melampau
Cara Jangkitan Dan Pengesanan Awal Penentuan Penyakit TIBI
Kuman TIBI dapat disebarkan melalui udara. Pemakaian Pelitup Muka sangat disyorkan, ini kerana Pesakit TIBI akan mengeluarkan kuman Tibi ke udara apabila batuk dan bersin. Setiap individu yang menyedut udara tercemar ini terdedah kepada jangkitan kuman TIBI. Dan sebab itu, arwah mak kami selalu pesan. Kalau ada dikalangan pesakit TIBI dalam circle kawan-kawan, bukan menjauhkan diri sebaliknya support tetapi kalau boleh tidak berkongsi pinggan dan cawan untuk sementara waktu.
Sekiranya korang ada tanda atau gejala seperti yang dinyatakan, rawatan pengesanan awal sangat diperlukan. Kebiasaan doktor akan mendiagnos pesakit melalui beberapa cara, antaranya : –
- Ujian Mantoux ialah ujian yang menggunakan suntikan cecair tuberkulin iaitu sejenis protein diekstrak daripada kuman tibi yang dinyah kuman. Suntikan ini diberikan di bawah lapisan kulit lengan
- Melakukan pemeriksaan melalui Kahak.
- Menjalani pemeriksaan X-ray di klinik kesihatan atau hospital terdekat.
Rawatan Pencegahan TIBI Elak Sebelum Parah
Pesakit perlu mengambil ubat sekurang-kurangnya 6 bulan dan perlu melalui setiap temujanji susulan di klinik kesihatan atau hospital berhampiran. Setiap ubat yang dibekalkan perlulah menghabiskan sebelum temujanji ulangan seterusnya. DOTS ( Directly Observe Treatment Shortcourse) atau pengawasan jangka pendek merupakan strategi yang disarankan oleh pertubuhan kesihatan sedunia (WHO) untuk merawat TIBI secara berterusan.
Teringat masa arwah mama doktor sekadar suspek sahaja beliau as sebagai pesakit TIBI sebelum keputusan sebenar diagnosis dikeluarkan. Setiap kali nak pujuk makan ubat tu, sampai satu saat dia putus asa, boleh nampak lah. Waktu tu, apa nak jadi is jadi, Cikza sentiasa dekat dengan mama, bei semangat dan moral support. Walau ada Autoimmune, pada Cikza masa dan rawatan mama sangat penting bagi kami sekeluarga. Namun setelah result sebenar keluar, arwah disahkan penghidap kanser paru-paru.
- Dapatkan suntikan BCG bagi bayi yang baru lahir
- Dapatkan pemeriksaan segera sekiranya anda mengalami batuk berpanjangan selama 2 minggu atau lebih
- kontak keluarga atau individu yang rapat dengan pesakit TIBI hendaklah tampil bagi membuat pemeriksaan bagi memastikan mereka tidak dijangkiti TIBI.
- Banyakkan cahaya matahari masuk ke rumah kerana cahaya matahari boleh membunuh kuman TIBI
- Pastikan pengudaraan sempurna dengan membuka tingkap setiap hari bagi pengaliran udara
- Amalkan cara hidup sihat dan sering memakai pelitup muka
Semoga ianya bermanfaat buat kita semua, dan diharapkan perkongsian ini dapat membantu anda semua mendapatkan langkah pencegahan dan pengesanan awal penyakit TIBI dan dapat mengelakkan sebelum ianya menjadi lebih parah. Amalan meminum pati delima atau jus delima sebenarnya banyak membantu dalam usaha mengawal penyakit pertahanan badan dan dapat mengelakkan batuk termasuk demam, selsema dalam badan.