MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA TAHUN 2023

MOHON BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA TAHUN 2023 | Berita gembira buat Pekebun Kecil yang berdaftar di bawah RISDA. Permohonan dan pengemaskinian Bantuan Musim Tengkujuh RISDA 2023 kini telah dibuka, bermula 15 Jun 2023 sehingga 15 September 2023. Kadar Bantuan adalah RM800 setiap permohonan

Sebelum nak buat permohonan atau kemaskini, adalah disarankan untuk mohon semak semula syarat utama, adakah kita layak ataupun sebaliknya. Namun yang demikian, ada yang telah mendaftar, tetapi masih tidak berpuas hati dengan permohonan tersebut, dan ada yang ragu-ragu berfikir adakah pernah menerima Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun lepas.

SYARAT DAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT) RISDA 2023

PEKEBUN KECIL

  • Warganegara Malaysia
  • Pekebun Kecil Yang Berdaftar Dengan RISDA
  • Mempunyai jumlah keluasan milikan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Pemilik Tanah Yang Sah
  • 1 Lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

PENOREH

  • Warganegara Malaysia
  • Penoreh Yang Berdaftar Dengan RISDA
  • Menoreh di keluasan tanah antara 0.1 hingga 2.5 hektar
  • Mendapat pengesahan dari Pemilik Tanah Yang Sah
  • Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.
  • 1 Lot tanah hanya seorang pemilik/penama sahaja yang layak menerima bantuan

Adakah anda memenuhi syarat yang di tetapkan? Cikza sarankan sebelum nak buat permohonan boleh buat semakan kelayakan terlebih dahulu. Syarat utama adalah PEKEBUN KECIL YANG BERDAFTAR DENGAN RISDA.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA TAHUN 2023

PEKEBUN KECIL YANG BUKAN DI BAWAH MANA-MANA AGENSI

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan
  • Geran Asal Tanah dan salinan
  • Salinan Buku Akaun Yang AKtif

PENOREH (BUKAN PEMILIK TANAH)

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan Pemilik Tanah
  • Salinan buku Bank akaun penoreh yang aktif
  • Surat pengesahan dari pemilik tanah/wakil yang sah
  • Salinan Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat.

PEKEBUN KECIL DI BAWAH AGENSI

  • Kad Pengenalan pemohon dan salinan
  • Salinan Geran Asal Tanah ( jika memiliki tanah bergeran atau mempunyai dokumen hakmilik tanah yang sah)
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) atau slip Pengaktifan PAT-G yang masih sah ketika permohonan dibuat. (WAJIB : Bagi permohonan di bawah Jabatan Pertanian Sarawak dan JAKOA sahaja)

TATACARA PERMOHONAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH RISDA TAHUN 2023 DAN KADAR BAYARAN BANTUAN 

Ramai yang tertanya-tanya, bagaimanakah caranya ingin memohon Bantuan Musim Tengkujuh 2023 termasuk kadar bayarannya. Sila ambil maklum kadar bayaran Bantuan Musim Tengkujuh berjumlah RM 800, dan bayaran adalah secara berperingkat bermula November 2023, Disember 2023, Januari 2024 dan Februari 2024. Segala pembayaran akan dimasukkan terus ke akaun penama melalui EFT.

Permohonan adalah melalui Laman Web Portal Pekebun Kecil RISDA

Semakan Status Permohonan

Untuk Keterangan Lanjut

03 – 42564022

( Ibu Pejabat RISDA, Kuala Lumpur )

Bahagian Produktiviti Pemasaran

Pejabat RISDA Negeri / Daerah Yang Berhampiran

 

PERHATIAN: Sila Kredit Cikza.Com jika ingin mengambil sumber artikel ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge