Kalau korang nak tahu, Spaghetti Aglio Olio merupakan hidangan tradisi yang berasal daripada Itali. Nama asal bagi spaghetti ini adalah Spaghetti Aglio Olio e Peperoncino. Dan sangat terkenal dengan rasanya yang sedap walaupun menggunakan bahan yang biasa-biasa sahaja. Cara penyediaan Spaghetti Aglio Olio ini juga cukup mudah, tidak menggunakan terlalu banyak bahan. Sebelum ni, Cikza pernah buat tapi terlalu simple sangat Aglio Olio Pertama Buat Suami, now dah makin cemerlang pulak sampai suami bertambah-tambah ya.
Kalau ada tetamu mengejut, sangatlah sesuai untuk hidangan sekeluarga. Hanya campak-campak sahaja tetapi kena dengan ramuanya cukup boleh jadikan spaghetti tu menjadi lebih enak. Kalau bahan utama Resepi Spaghetti Aglio Olio adalah Udang, tapi kita boleh olah selain udang boleh gunakan ayam dan sebagainya. Kalau cara Cikza, selain udang Cikza menggunakan isi ayam sebagai pengganti seafood. Aglio Olio ni kalau nak lagi sedap seharusnya ianya pedas dan cukup rasa atau ramuannya.
Bahan-bahan:
- 500 gram spaghetti (1 paket) Prego
- ¼ minyak zaitun
- 5 ulas bawang putih, cincang halus
- 1/2 biji bawang besar Holland, potong dadu kecil
- 3 sudu besar chilli flakes
- 1/2 sudu besar serbuk lada hitam
- 1 ketul kiub daging
- 10 ekor udang, buang kulit
- 10 batang jejari ketam dihiris halus
- capsicum hijau
- capsicum merah
- capsicum kuning
- 1 tin cendawan butang, dicincang halus
- tomato kecil, potong 2 jika suka
- daun ketumbar ATAU daun parsley, hiris nipis.
Cara Penyediaan Spaghetti Aglio Olio:
- Rebus spaghetti dan toskan.Air rebusan jangan dibuangkan, asingkan satu mangkuk kecil.
- Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih bersama bawang holland sehingga kekuningan dan layu.
- Masukkan chilli flakes, serbuk lada hitam dan cendawan butang yang telah di cincang halus.
- Kemudian masukkan udang dan jejari ketam.
- Masukkan pula spaghetti diikuti capsicum dan tomato. Taburkan kuib daging yang sudah dileraikan. Tuang sedikit air rebusan spaghetti supaya bahan-bahan semua sebati
- Perasakan gengan garam dan gula secukupnya. Kiub daging sudah masin jadi berhati-hati dengan anggaran garam yang dimasukkan. Angkat dan tabur hirisan daun ketumbar atau daun parsley semasa menghidang.
Tip:
- Toskan air dan cepat-cepat tuangkan sedikit minyak zaitun kemudian gaul sebati supaya spaghetti tidak melekat bila sejuk nanti.
- Air rebusan jangan dibuang, masa part dah campur Spaghetti tu, better letak air rebusan sedikit nak bagi sekata rasa tu.