RESEPI NASI ALA KAK WOK SENANG DAN RINGKAS PENYEDIAANYA

RESEPI NASI ALA KAK WOK SENANG DAN RINGKAS PENYEDIAANYA | Hi semua. Kali ini Cikza nak masak hidangan yang menarik dan sedap rasanya paling penting jimat masa, iaitu Nasi ala Kak Wok. Kalau korang nak tahu, resepi ini bukan lah dari resepi asal tapi Cikza kan suka mengolah Cuma menggunakan bahan apa yang ada di dapur. Penyediaan pun tak susah, mula-mula kita masak gulai, kemudian sediakan pelengkap yang paling penting iaitu sambal belacan. Kata orang Sambal belacan ibu segala lauk tau, kalau sedap maka makanan kita akan jadi sedap dan lazat. Macam game lah kan, kalau tak best anak-anak tak leka.

Cikza dah 2 kali cuba guna resepi ni, Alhamdulillah suami dan adik beradik pun suka siap boleh bertambah-tambah, Menu ni sesuai jika ada tetami jauh yang datang rumah, sebab penyediaannya memang tersangat mudah dan senang sahaja. Nasi Ala Kak Wok ni asalnya dari negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan. Tapi kalau dekat Kuala Lumpur, sebut sahaja Nasi Kak Wok memang terlajak laris.

Bahan-bahan Penyediaan Nasi Ala Kak Wok :

  • Bahan Untuk Penyediaan Gulai :
    • ½ cawan minyak masak
    • 3 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1 inci halia
    • 1 inci lengkuas
    • 2 sudu besar serbuk kari daging adabi
    • 1 sudu besar serbuk rempah kerutuk adabi
    • 1 sudu besar cili kisar atau serbuk cili
    • 1 mangkuk ayam (bahagian kaki, tulang dan leher)
    • 3 batang kacang panjang di potong kecil
    • 1 biji terung panjang di potong kecil
    • 1 cawan santan segar
    • ½ kotak kecil santan
    • 1 blok gula melaka
    • Garam secukup rasa
    • 1 keping asam keping
    • 5-6 tangkai cili padi ikut kepedasan masing-masing
  • Bahan Penyediaan Sambal Belacan:
    • 15-20 biji cili padi
    • 4 biji cili merah
    • 4 biji limau kasturi (buang biji)
    • 1 inci belacan
    • ½ cawan air pati asam jawa
    • gula
    • garam
    • serbuk perasa
  • Bahan Penyediaan Ayam Goreng:
    • 1 ekor ayam
    • 1-2 sudu kecil garam
    • 2 sudu kecil serbuk kunyit
    • 1 sudu besar serbuk cili
    • ½ sudu besar serbuk kari daging
    • 1-2 tangkai daun kari
    • 1-2 sudu besar tepung bestari yang versi pedas
    • minyak untuk menggoreng

Cara Penyediaan Nasi Ala Kak Wok :

  • Penyediaan Gulai Ayam :
    • Kisar halus bawang merah, bawang putih, halia dan lengkuas. Macam Cikza suka lebihkan bawang, kalau perencah lagi banyak lagi umphh kuah tau.
    • Bancuh serbuk rempah kari daging dan serbuk rempah kerutuk dengan air. (Nak sedap letak sikit cili boh 1 sudu)
    • Panaskan minyak lalu tumis bahan kisar halus, bancuhan kari dan cili kisar atau serbuk cili. Gaul dan masak sehingga pecah minyak.
    • Masukkan ayam (bahagian kaki, tulang dan leher) dan gaul. Kemudian, biarkan sehingga ayam separuh masak serta kering air.
    • Masukkan sayur kacang panjang dan terung yang telah dipotong, santan, gula melaka dan garam secukup rasa.
    • Tambah air atau santan jika kuah kelihatan kering.
    • Masukkan cili padi dan asam keping
    • Masak sehingga sayur lembut dan gulai masak pekat sekata

  • Penyediaan Ayam Goreng Berempah:
    • Potong ayam kepada ketulan saiz kecil.
    • Gaul sekata ayam dengan garam, serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk kari, daun kari dan sedikit tepung goreng ayam segera. Kemudian, perap ayam.
    • Panaskan minyak dan goreng ayam yang telah diperap sehingga garing dan keperangan.
    • Selepas itu, hidangkan dengan nasi, gulai dan sambal belacan. Nasi ala Kak Wok sudah siap.
  • Penyediaan Sambal Belacan:
    • Kisar kasar cili, belacan bakar, hirisan limau kasturi, air asam jawa, garam, gula dan cukup perasa (pilihan).

Tip Memasak :

  • Jika tidak mempunyai serbuk rempah kerutuk, boleh saja digantikan hanya dengan gunakan serbuk rempah kari daging untuk dibuat gulai.
  • Selain menggunakan tepung goreng ayam segera, juga boleh digantikan dengan tepung jagung atau tepung beras. Lagi lama perap ayam lagi sedap dan berasa rempah tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge