Manfaat Mandi Bunga Ramai Yang Tak Tahu Dan Cara Yang Betul

Mandi Bunga | Ramai Yang Tak Tahu Manfaat Dan Cara Yang Betul

Mandi Bunga | Ramai Yang Tak Tahu Manfaat Dan Cara Yang BetulMandi bunga dan kaitannya dengan orang melayu kita memang sukar dipisahkan. Bila sebut mandi bunga, mulalah ada yang fikir bukan-bukan, sampai ada yang kata buang hantu dalam badan pun ada tau. Selain itu juga, ia juga agak sinonim kepada golongan wanita yang katanya lambat bertemu jodoh, selain untuk menarik aura memikat suami atau pasangan.

Mandian Seri Bunga oleh Zuefishah — > Testimoni Peribadi 

Tapi hakikat sebenar, proses mandi bunga ini turut dilakukan oleh segelintir golongan lelaki yang juga katanya seronok mandi bunga, ini untuk mewangikan dan menyegarkan badan, menaikkan seri wajah dan mencantikkan kulit. Biasa kita tengok orang perempuan, kalini lelaki tak terkecuali.

Jika tidak disertakan unsur syirik dan khurafat, mungkin tidak mengapa sebagai ikhtiyar, bagi tujuan kesihatan, kesegaran badan dan terapi memulihkan semangat semata-mata.  Jangan diiktikadkan perbuatan itu boleh mengawal jodoh, sebaliknya pintalah kepada Allah SWT. Firman Allah SWT:

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Maksudnya: Dan Tuhan kamu berfirman: “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

(Surah al-Ghafir, 40:60)”

KEBAIKAN DAN MANFAAT MANDI BUNGA 

Kebaikan dan Manfaat Mandi Bunga umum yang kita tahu, bukan setakat untu menaikkan seri wajah. Tetapi ada juga manfaat lain salah satunya termasuk asbab untuk kesihatan. Percayalah, Cikza mandi bung ani salah satu, aura seri pikat suami, selain asbab kesihatan. Supaya badan kembali cergas.

  • Menaikkan seri wajah
  • Atasi wajah dan tubuh yang lesu
  • Memberi semangat
  • Menambah keyakinan diri
  • Membantu menyerlahkan kecantikan dalaman
  • Memberi aura positif
  • Menstabilkan emosi
  • Menyingkir toksin dalam badan
  • Hilangkan Tekanan Seharian / Stress

ANXIETY JUGA AMAT DIGALAKKAN UNTUK MANDI BUNGA

Selepas Cikza teliti manfaat dan sampingan asbab kebaikan mandi bunga. Mereka yang ada Anxiety juga boleh turut memanfaatkan asbab kebaikan ni, salah satunya ia dapat memberi aura positif, semangat serta menambah keyakinan keperibadian diri.

Anxiety merupakan perasaan bimbang, risau dan takut terhadap sesuatu yang boleh memberikan ancaman. Perasaan ini boleh memberikan kesedaran supaya bersedia menghadapi perkara yang dibimbangi itu. Apabila berasa terancam, tindak balas kimia akan membuatkan jasad bertindak bagi mengelakkan kecederaan yang dipanggil ‘fight or flight’…”

Kebiasannya amalan mandi bunga ini dilakukan sama ada untuk pasangan pengantin yang akan bakal berkahwin, amalan ini supaya mereka kelihatan manis dan berseri ketika berada di atas pelamin nanti.

Mandian Seri Bunga oleh Zuefishah — > Testimoni Peribadi 

CARA MANDI BUNGA DAN PETUANYA RAMAI YANG BERTANYA

Menggunakan Baldi / Siraman

Bahan Untuk Mandi Bunga :

  • Air sukatan setengah baldi
  • Garam Himalaya
  • Limau Nipis / Limau Purut
  • Ais Rm1.00
  • Bunga-Bunga Yang terpilih.
  • Satukan kesemua bahan-bahan tersebut, dan putar mengikut lawan jam, sambal niat didalam hati.
    • Al-Fatihah – 5x
    • Ayatul – Qursi – 5x
    • Selawat – sambal niat sebanyak mungkin.
  • Jadikan mandian bunga adalah bilasan terakhir selepas mandi harianseperti biasa.
  • Jirus air disebelah kiri badan dahulu diikuti dengan sebelah kanan badan.
  • Usai langkah tersebut, jirus air di kepala dan seluruh tubuh. Selesai mandi, biarkan seketika agar tubuh dapat menyerap air bunga.

AMALAN MANDI BUNGA KINI TELAH DIMODENKAN DAN DIPERMUDAHKAN

Disebabkan duduk di Kawasan rumah berblok, memang sukar nak dapatkan bunga-bunga yang kata orang menjadi kehendak. Macam garam tub oleh lah kita beli di kedai runcit. Untuk bunga harus ke kedai bunga, waktu tu parking dan makan masa lagi.

Mandian Seri Bunga oleh Zuefishah sangat membantu. Dalam satu botol semuanya ada. Jadi tak perlu nak fikir masalah parking, masa semuanya dihujung jari sahaja. Kandungan dalamnya seperti Garam bukit, Lemon kering, Kelopak Mawar, Bunga Jasmin yang ada dalam satu botol sudah cukup semuanya.

Cikza perlu tambah ais atau limau nipis sahaja sebagai sampingan. Sebenarnya tak perlu letak ais pun boleh. Tapi mood Cikza lagi suka ada ais, bagi badan lagi segar dan aura makin lagi berseri.

Amalan ni kalau boleh bukan hanya sekali sahaja, RM20 sebulan dah boleh amalkan terus di rumah, Jika ingin betul-betul tenang dan damai. Lagi bagus untuk berkunjung ke Spa berhampiran.

Mandian Seri Bunga oleh Zuefishah

Facebook | No Telefon : 01136172818

Video : https://vt.tiktok.com/ZSLLKetAa/

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge