Hotel Review | Park Inn By Radisson Putrajaya Sesuai Untuk Urusan Kerja | Park Inn By Radisson Putrajaya terletak di lokasi tepat dan strategik berhampiran dengan Putrajaya, memang best dapat bermalam dekat hotel yang terletak disini, Pertama kali teruja dapat bermalam dekat sini. Sesuai untuk liburan keluarga, atau pun untuk mereka yang ada urusan kerja di Putrajaya.
Hotel ni mempunyai bilik sebanyak 220 buah itu memang luas dengan variasi 5 jenis bilik Standard Room, Superior Room, Deluxe Room, Executive Room dan Junior Suite Room yang boleh dibuat pilihan, paling menarik hiasan dalaman sangat menarik minat Cikza, bermula dengan susunan perabot awalan pintu bilik di buka.
INSPIRASI INTERIOR BERKONSEP KONTEMPORER MENARIK MINAT PENGUNJUNG
Hotel ini juga turut menyediakan, bilik seminar yang boleh memuatkan kapasiti 180 orang dalam satu masa. Jika ada mana-mana jabatan yang ingin buat seminar atau kursus amat sesuai dan Cikza rekomendasi dekat Park Inn By Radisson Putrajaya ini. Bukan apa, 3 kali dah menginap disini, dan salah satunya ada kursus yang dijalankan disini, memag sesuai sangatlah dengan apa yang diperlukan oleh satu organisasi.
Persekitaran Park Inn By Radisson Putrajaya adalah Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan Infrastructure University Kuala Lumpur (IUKL) memang agak bersesuaian sangat, jika ada majlis konvokesyen, hotel ini sentiasa menjadi perhatian dengan lokasi yang strategic berhampiran dengan dua kolej universiti yang agak terkenal.
Nak cari tempat makan yang berhampiran pun agak mudah antaranya yang berhampiran dengan Hotel tersebut seperti Yeop Bistro, BBG Bar and Grill, Half Moon Restaurant, Delicious Cendol dan Restoran Nasi Kandar Penang Sentral @ De Centrum. Untuk famili juga ada beberapa tempat yang berhampiran dengan hotel tersebut yang boleh anda kunjung seperti Farm In City, Taman Tasik Botani Putrajaya, Putrajaya Wetlands, Cruise Tasik, Masjid Putra dan beberapa tempat yang berhampiran.
PENGALAMAN MENGINAP DI PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA
Pengalaman menginap di sini bagi Cikza sangat menyeronokkan sebab melangkah di lobi yang luas tu, terdapat beberapa facilities yang bersesuaian, dari awal menunggu dan sehingga mendapat kunci bilik. Yang paling menarik, Park Inn By Radisson Putrajaya merupakan hotel yang sangat mesra dengan mereka yang dikategori Orang Kurang Upaya (OKU)
Kita bermula daripada bilik, setelah dapat sahaja kunci. Cikza suka berurusan dengan kakitangan di Park Inn By Radisson Putrajaya sebab mesra kakitangan, setiap persoalan yang ditanya juga dijawab dengan sempurna. Secara kebetulan, Cikza dalam program Family Day di agensi yang sama tempat suami bertugas. Kami dapat bilik yang jenis Standard Room.
Standard Room Park Inn By Radisson Putrajaya yang Cikza dapat ni berkeluasan 21 kaki persegi, yang boleh memuatkan 2 orang dalam satu masa. Yang bestnya dapat katil King Size tau, sesuailah dengan kami berdua yang berbadan besar ni. Dalam bilik ni juga ada beberapa kemudahan lain seperti :
- Wifi Internet Yang Tersangat Laju
- 40” TV LED
- Coffee & Tea Facilities
- Iron & Ironing Board
- In Room Safe / Hair Dryer
- Complimentary Mineral Water
- Bathrobe
- Rain Shower yang puas kira tak mandi kolam pun ai is okeh je
Terdapat beberapa fasiliti yang lain seperti, kolam renang, ruangan gymnasium dan beberapa ruang berehat louge disediakan. Semuanya tersedia seperti fasiliti yang ada di hotel-hotel terkenal Kuala Lumpur. Rate Harga bermula dari RM180 dan keatas bergantung kepada jenis bilik yang di pilih.
HI-TEA BUFFET BERMULA RM49.90 DAN KEATAS
Bagi mereka yang nak kelainan, boleh juga buat tempahan untuk Hi Tea Buffet yang bermula pada RM49.90 untuk dewasa. Ada pelabagi variasi desert yang menjadi pilihan, tapi waktu tu kebetulan Cikza tak sempat untuk mencuba fasiliti yang ada, maklumlah dah dapat katil yang terlalu empuk dan sedap.
Berkonsepkan mesra famili dan pelanggan, yang terbaiknya hotel ini turut menyediakan kemudahan Check out jam 12.00pm atau Check in seawal 2.00 petang. Khas untuk kelainan upaya, turut disediakan ruangan parkir dan ruangan khas untuk mereka yang berkerusi roda. Termasuk jockey beg untuk membantu dalam urusan mengangkat barat.
Sejujurnya, Cikza sangat merekomendasikan Park Inn By Radisson Putrajaya untuk penginapan seisi keluarga, lagi seronok kalau pergi ramai-ramai sambil-sambil tu boleh tempah Jersey Sublimitation Murah buat baju khusus untukk ahli keluarga sahaja, kesemua fasiliti membeli belah sangat hampir dengan hotel tersebut, Sebarang pertanyaan dan tempahan korang boleh hubungi nombor yang disertakan di bawah.
PARK INN BY RADISSON PUTRAJAYA
No Telefon : +60 3 89111999
Emel : info.parkinnputrajaya@parkinn.com